Utusan Borneo (Sabah)

Ruslan sasar buka 32 tabung makanan di Lumadan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam menyasarka­n sebanyak 32 tabung makanan (food bank) di masjid akan dibuka di kawasan Lumadan.

Katanya, setakat ini tiga masjid menyediaka­n tabung makanan dan sebanyak 29 masjid lagi dijangka menyediaka­n perkhidmat­an berkenaan.

“Saya terpanggil untuk menyediaka­n tabung makanan kepada semua rakyat Lumadan, selari dengan slogan Lumadan Sejahtera.

“Tabung makanan ini diwujudkan atas inisiatif untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan makanan,” katanya selepas melancarka­n tabung makanan di Pekan Weston di sini kelmarin.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, bantuan berkenaan adalah untuk semua yang memerlukan tanpa mengira agama serta fahaman politik.

“Kepada mereka yang memerlukan, silalah datang ke masjid berhampira­n. InsyaAllah, kita akan bantu.

“Saya juga merayu kepada mereka yang lain supaya dapat bersama-sama membantu menyumbang­kan bantuan makanan untuk membantu penduduk Lumadan yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Ruslan berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanak­an, seramai 4,000 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan bakul makanan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Menurutnya, bantuan berkenaan termasuk untuk penduduk kampung yang berada dalam kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Terdahulu, Ruslan melawat beberapa kampung yang dilanda banjir bagi memantau keadaan dan keselamata­n penduduk kampung.

 ??  ?? SERAH: Ruslan (dua kanan) bersama penerima sumbangan tabung makanan di Masjid Nurul Iman Pekan Weston.
SERAH: Ruslan (dua kanan) bersama penerima sumbangan tabung makanan di Masjid Nurul Iman Pekan Weston.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia