Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kehadiran ahli Parlimen diputuskan minggu depan

Ia akan dibincang dengan ketua whip parti politik masing-masing

-

JOHOR BAHRU: Keputusan sama ada mengehadka­n hanya 80 ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat seperti yang dibuat pada persidanga­n sebelum ini, akan diputuskan pada minggu depan sebelum persidanga­n khas dewan bermula 26 Julai ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan dibincangk­an dengan ketua-ketua whip yang mewakili parti politik masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, ia sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19.

“Setiap menteri dan timbalan menteri juga akan dihadkan membawa staf mungkin dua atau tiga orang dengan prosedur operasi standard

“Setiap menteri dan timbalan menteri juga akan dihadkan membawa staf mungkin dua atau tiga orang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk melakukan ujian saringan dahulu.” COVID-19 terlebih

(SOP) yang ketat termasuk melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, di sini semalam.

Dalam persidanga­n dewan sebelum ini hanya 80 ahli Parlimen - 41 daripada pihak kerajaan serta 39 pembangkan­g dan Bebas dibenar menghadiri persidanga­n, namun kesemua ahli Parlimen boleh memasuki dewan ketika sesi pengundian.

Mohd Rashid juga berharap semua yang terlibat dengan persidanga­n Dewan Rakyat dapat mematuhi SOP susulan situasi COVID-19 yang mencatatka­n lima angka kes positif pada masa ini.

Persidanga­n khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini menyebut sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundanga­n dan peraturan bagi membolehka­n persidanga­n Parlimen diadakan secara hibrid.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumka­n berdasarka­n Fasal (3) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangk­an.

Datuk Mohd Rashid Hasnon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia