Utusan Borneo (Sabah)

Kesesakan kenderaan d Plaza Tol Gombak adalah gambar lama

-

KUALA LUMPUR: Gambar kesesakan di Plaza Tol Gombak dekat sini, kononnya kerana berlaku pergerakan rentas negeri sempena sambutan Aidiladha Selasa ini merupakan gambar lama yang sengaja ditularkan kembali.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata hasil pemantauan mendapati kesesakan kenderaan kira-kira 700 hingga 800 meter itu adalah perkara biasa susulan pemeriksaa­n secara ketat dan teliti anggota polis terhadap pengguna yang melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Hasil pemeriksaa­n mendapati majoriti pengguna mempunyai alasan dan surat kebenaran seperti vaksinasi, trak yang membawa makanan dan urusan dibenarkan polis,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n di SJR Plaza Tol Gombak semalam.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkomprom­i dengan mereka yang ingkar arahan rentas negeri.

Justeru, Zainal Mohamed menasihatk­an orang ramai supaya menghentik­an tindakan memuat naik gambar atau video kesesakan di plaza tol berkenaan yang boleh menimbulka­n kegusaran rakyat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias ketika dihubungi Bernama berkata, aliran trafik di semua lebuh raya dan jalan raya utama lancar serta terkawal setakat 1 petang semalam.

Menurutnya, arahan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung polis tidak menerima dokumen Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai semalam hingga Rabu depan untuk pergerakan rentas negeri turut membantu mengurangk­an aliran trafik.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERINGATAN: Lebuhraya menuju ke Pantai Timur lengang tetapi yang menghala ke Kuala Lumpur sesak dipercayai akibat sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak ketika tinjauan semalam menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada esok.
— Gambar Bernama PERINGATAN: Lebuhraya menuju ke Pantai Timur lengang tetapi yang menghala ke Kuala Lumpur sesak dipercayai akibat sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak ketika tinjauan semalam menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia