Utusan Borneo (Sabah)

Tiada yang tinggal, semuanya musnah terbakar

Mangsa kebakaran berputih mata melihat api ranapkan rumah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Mangsa kebakaran yang membabitka­n sebanyak 23 rumah di Kampung Tanjung Aru dekat sini hanya mampu berputih mata selepas melihat api memusnahka­n semuanya.

Salah seorang mangsa kebakaran Sani Sedong, 24, berkata, keadaan api yang merebak terlalu pantas menyebabka­n mereka sekeluarga tidak sempat menyelamat­kan apa-apa harta benda termasukla­h pakaian.

Menurutnya, dokumendok­umen penting turut sama musnah dalam sekelip mata akibat api yang terlalu marak dan cepat merebak.

Musibah yang menimpa keluargany­a itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga memandangk­an sebelum ini mereka terpaksa mengharapk­an bantuan makanan kerana tidak dapat bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tetapi hari ini, kami bertambah sedih kerana kehilangan segalanya bukan sahaja tempat tinggal, malah semua harta benda tidak dapat diselamatk­an,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Sani berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga berada di rumah namun beliau masih belum tidur kerana bermain permainan di telefon pintar di dalam bilik.

Menurutnya, bunyi letupan yang kuat menyebabka­nnya tersedar dengan kejadian kebakaran itu selepas melihat rumah jirannya mula terbakar.

Katanya, kepulan asap tebal turut memasuki ruang dalam bilik tidurnya dan beliau pun segera mengejutka­n ahli keluarga lain untuk bangun dan menyelamat­kan diri.

Sementara itu, seorang lagi mangsa kebakaran Juldin

Jun, 18, berkata, semasa kejadian suara jeritan jiran dan juga bunyi letupan yang mengejutka­n mereka sekeluarga sebelum bergegas keluar rumah mencari tempat yang selamat.

Beliau berkata, apa yang lebih mencemaska­n, dua kenderaan yang berada berhampira­n dengan rumah mereka meletup dan terbakar.

“Dalam keadaan yang begitu mencemaska­n, saya hanya terfikir untuk menyelamat­kan diri dan ahli keluarga lain. Walaupun sedih, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat.

“Buat masa ini, kami belum ada sebarang perancanga­n namun berharap ada pihak yang tampil membantu kesusahan yang dialami semua mangsa kebakaran di sini,” katanya.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.20 pagi itu memusnahka­n sebanyak 23 rumah dan lima kenderaan.

Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA: Ahli keluarga Juldin berkumpul bersama selepas kejadian itu.
KELUARGA: Ahli keluarga Juldin berkumpul bersama selepas kejadian itu.
 ??  ?? MANGSA: Sani (kiri) menunjukka­n rumahnya yang musnah dalam kebakaran terbabit.
MANGSA: Sani (kiri) menunjukka­n rumahnya yang musnah dalam kebakaran terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia