Utusan Borneo (Sabah)

54 KIR terjejas terima bantuan makanan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Bantuan Prihatin COVID-19 3.0 terus dimanfaatk­an kumpulan terjejas khususnya penduduk yang berdaftar di bawah e-Kasih dan B40 di negeri ini.

Seramai 200 Ketua Isi Rumah (KIR) di Pulau Sebatik di sini yang melibatkan Kampung (Kg) Lahat-Lahat, Sungai Pukul dan Sungai Pisak-Pisak menerima bantuan berupa bakul makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A. Ghani Pangeran Amir berkata, bantuan berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa terutamany­a kepada mereka yang berdaftar di bawah e-Kasih.

“Bagi DUN Sebatik, kami mengedarka­n bakul makanan mengikut senarai yang ada bermula kelmarin.

“Selain itu, kami juga menggerakk­an bantuan serupa kepada mereka yang tercicir ataupun yang masih dalam proses pendaftara­n e-Kasih dan B40,” katanya di sini.

Menurutnya, kebanyakan penduduk Sebatik adalah mereka yang bekerja sebagai nelayan kecil- kecilan dan buruh.

“Namun, sejak pandemik COVID-19 berlaku di negara kita bermula Mac tahun lalu, pendapatan mereka terjejas dan ada di antaranya tidak dapat bekerja.

“Kami menganggar­kan kira-kira 1,300 KIR di pulau ini hilang punca pendapatan dan memerlukan bantuan berdasarka­n pendaftara­n mereka di bawah e-Kasih dan B40,” katanya.

Hassan berkata, bantuan COVID-19 3.0 ini ternyata memberi kelegaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, bagi penduduk Pulau Sebatik, usaha itu ternyata dapat meringanka­n beban mereka yang terjejas teruk sepanjang perlaksana­an Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sehubungan itu, penduduk yang kami temui menzahirka­n rasa syukur terhadap bantuan berupa barangan keperluan harian itu bagi meneruskan kelangsung­an hidup mereka,” katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Sabah mengagihka­n sebanyak 324,460 bakul makanan kepada kumpulan terjejas di bawah Bantuan Prihatin COVID-19 3.0.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kalabakan Merdeka Ahmat dan Ketua Penerangan BERSATU Kalabakan Abdul Hadi Karim.

 ??  ?? BANTUAN: Hassan (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penduduk Pulau Sebatik yang terjejas.
BANTUAN: Hassan (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penduduk Pulau Sebatik yang terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia