Utusan Borneo (Sabah)

SOP ketat sepanjang Persidanga­n Khas Dewan Rakyat 26 Julai ini

-

TASEK GELUGOR: Persidanga­n Khas Dewan Rakyat yang bermula pada 26 Julai ini akan dilaksanak­an dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undangunda­ng dan Parlimen), Datuk Shabudin Yahaya berkata, semua ahli Parlimen termasuk parapegawa­imerekadiw­ajibkan untuk mengemukak­an keputusan ujian saringan COVID-19, selain tidak mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang dijangkiti virus berkenaan.

Beliau berkata, setiap kali persidanga­n, tidak kurang 2,500 orang yang terlibat di dalam persidanga­n itu, termasuk termasuk ahli Parlimen, para pegawai ahli Parlimen dan menteri, petugas di bangunan Parlimen, pihak pengurusan bangunan dan ramai lagi.

“Kerana itu pihak pengurusan parlimen sangat berhati-hati, bukan sahaja mahu menjaga keselamata­n ahli Parlimen semata-mata malah pegawai-pegawai dan petugas juga,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis penyampaia­n bakul makanan Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) peringkat Parlimen Tasek Gelugor di sini.

Khamis lepas, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumka­n pemberitah­uan Mesyuarat Khas telah dikeluarka­n kepada semua Ahli Dewan Rakyat dengan persidanga­n berlangsun­g selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Sementara itu, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyeru orang ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan dan tidak mempunyai bekalan makanan supaya hadir ke pejabat wakil rakyat atau menghubung­i wakil rakyat yang berhampira­n.

“Hari ini (semalam) kita menyampaik­an 3,000 bakul makanan PEMULIH kepada penduduk di sini. Kepada mereka yang tidak tersenarai tetapi memerlukan bantuan, saya mohon supaya hubungi dan hadirlah ke pejabat wakil rakyat anda kerana kami tidak akan membiarkan anda kelaparan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia