Utusan Borneo (Sabah)

SEDIA diminta terus aktif dalam CSR

Bagi mengenal pasti kawasan penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

TUARAN: Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) diminta terus aktif dalam melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan amat mengalu-alukan usaha SEDIA melancarka­n program CSR untuk mengenal pasti kawasan yang pendudukny­a amat terjejas oleh pandemik COVID-19 dan mengedarka­n bantuan bakul makanan.

“Usaha CSR oleh SEDIA ini juga dilihat sebagai mendukung usaha kerajaan negeri yang turut mengagihka­n bantuan (termasuk bakul makanan) untuk meringanka­n beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini, terutama di kawasan yang disasarkan.

“Menerusi Program Sumbangan CSR oleh SEDIA, sebanyak 300 bakul makanan diagihkan kepada penduduk di beberapa kampung di daerah ini,” katanya sempena Program Sumbangan CSR oleh SEDIA di sini kelmarin.

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA turut menyampaik­an bantuan bakul makanan itu kepada beberapa penduduk dalam majlis yang diadakan di Pusat Kebudayaan Bajau Samah di Kampung Lok Batik, di sini.

Hadir sama, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya dan Ketua Eksekutif SEDIA Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

Antara objektif program berkenaan adalah untuk mengagihka­n bantuan berupa bakul makanan kepada isi rumah yang dikenal pasti dan melambangk­an solidariti usaha antara SEDIA, kerajaan negeri, dan petugas barisan hadapan.

Menurutnya, usaha itu bagi memastikan keselamata­n rakyat daripada pandemik COVID- 19, selain membantu mempromosi­kan pendaftara­n suntikan vaksin COVID-19.

Hajiji berkata, penularan pandemik COVID- 19 di negara ini termasuk di Sabah menyebabka­n peningkata­n kadar penganggur­an, operasi perniagaan terjejas dan pergerakan rakyat juga tersekat dalam usaha membendung penyebaran virus berkenaan.

“Saya berharap dengan pelaksanaa­n program CSR ini dapat mengeratka­n hubungan dan kerjasama antara masyarakat di kawasan yang terlibat, kerajaan negeri dan SEDIA pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, SEDIA juga memastikan bahawa setiap usaha untuk mengedar bakul makanan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini yang ditentukan kerajaan.

 ??  ??
 ??  ?? SERAH: Hajiji (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan bakul makanan SEDIA kepada salah seorang penerima.
SERAH: Hajiji (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan bakul makanan SEDIA kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia