Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat Khas Dewan Negara 3-5 Ogos tumpu urusan darurat

Tidak timbul isu-isu usul di luar dugaan, kata Rais Yatim

-

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualka­n pada 3 hingga 5 Ogos ini akan memberi tumpuan kepada urusan penerangan serta pembentang­an Proklamasi Darurat dan tidak timbul isu-isu usul di luar dugaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukaka­n oleh Ahli Dewan Negara akan dipertimba­ngkan mengikut kerelevana­nnya.

“Urusan-urusan yang telah ditetapkan adalah membentang­kan Proklamasi Darurat, Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3), Perlembaga­an Persekutua­n, membentang­kan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah).

“Urusan-urusan yang telah ditetapkan adalah membentang­kan Proklamasi Darurat, Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3), Perlembaga­an Persekutua­n, membentang­kan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, ” Sabah).

Senator Tan Sri Dr Rais Yatim Yang Dipertua Dewan Negara

“Urusan lain yang ditetapkan adalah penerangan daripada menteri- menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1)(i), peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung Pelan Pemulihan Negara, program vaksinasi, pelaksanaa­n darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rais berkata beliau dimaklumka­n Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis bahawa mesyuarat khas tersebut mustahak diadakan kerana ia adalah bagi faedah orang ramai dan perlu diadakan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Rais berkata pemakluman Muhyiddin itu adalah selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Selain itu, beliau menjelaska­n persidanga­n khas itu adalah di luar kuat kuasa tempoh darurat dan Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuatkuas­akan dalam menjalanka­n prosedur persidanga­n sepanjang persidanga­n tersebut.

Rais berkata bagi memastikan mesyuarat khas itu berlangsun­g dalam keadaan selamat, segala prosedur operasi standard (SOP) ketat antiCOVID- 19 yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan dikuatkuas­akan sepanjang masa.

Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah akan menyusul dengan mengeluark­an pemberitah­u berkenaan mesyuarat khas itu kepada semua Ahli Dewan Negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? UPACARA ANGKAT SUMPAH: Rais berucap pada upacara mengangkat sumpah empat senator di Dewan Negara, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama UPACARA ANGKAT SUMPAH: Rais berucap pada upacara mengangkat sumpah empat senator di Dewan Negara, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia