Utusan Borneo (Sabah)

1,400 penduduk terima vaksin di Tenom

Sambutan penduduk di 20 kampung dari Mukim Saga semakin meningkat

-

TENOM: Seramai 1,400 penduduk melibatkan 20 kampung dari Mukim Saga di sini menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Masnah Matsalleh berkata, sambutan penduduk untuk menerima vaksin semakin meningkat.

Katanya, perkembang­an positif itu amat penting dalam usaha menyekat penularan pandemik yang meragut ramai nyawa di seluruh dunia.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan Program Outreach ini dan kita lihat sambutan daripada penduduk daerah ini amat menggalakk­an.

“Kita jangkakan jumlah penduduk yang divaksin mungkin lebih ramai lagi,” jelasnya kepada media sempena Program Outreach COVID- 19 Immunisati­on Task Force (CITF) di Dewan Terbuka Kampung Saga di sini baru-baru ini.

Beliau yang mengadakan lawatan di sekitar lokasi program, memaklumka­n, Program Outreach CITF di setiap daerah akan dilaksanak­an lebih kerap untuk memudahkan serta membantu penduduk mendapatka­n vaksin COVID-19 lebih cepat.

Beliau berkata, statistik pendaftara­n vaksin di Sabah setakat Jumaat lepas mencapai 33.1 peratus dengan peningkata­n melalui program hebahan, promosi dan kempen.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Nadzerah Abdullah; Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof; Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Harun Maddasa; Pegawai Daerah Sungkim Rumangun; dan Pegawai Kesihatan Daerah Tenom Dr. Francesca Primus Chew.

Sementara itu, Sapin Sakun, 61, pesara kerajaan dari Kampung Saga Laut berasa lega selepas menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Saya membuat persediaan yang cukup sebelum menerima vaksin hari ini dengan tidur yang cukup, minum air yang banyak dan bersarapan seperti yang disarankan.

“Saya bersyukur dengan adanya program seperti ini proses vaksin dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Turut menerima suntikan vaksin Ramlah Ng Bungiat, 68, berasal dari Kampung Pallsabran­g yakin program vaksinasi yang dilaksanak­an itu diterima baik oleh semua penduduk.

“Jangan takut untuk mendapatka­n suntikan vaksin kerana ia dapat melindungi diri dan keluarga.

“Saya yakin penularan wabak COVID- 19 dapat diputuskan dengan adanya vaksin,” katanya.

 ??  ?? LAWATAN: Masnah (kiri) dalam sesi lawatan Program Outreach CITF.
LAWATAN: Masnah (kiri) dalam sesi lawatan Program Outreach CITF.
 ??  ?? VAKSIN: Sapin selepas mendapat suntikan vaksin.
VAKSIN: Sapin selepas mendapat suntikan vaksin.
 ??  ?? SELESAI: Ramlah selesai mendapatka­n suntikan vaksin.
SELESAI: Ramlah selesai mendapatka­n suntikan vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia