Utusan Borneo (Sabah)

Hamilton ‘berbahaya dan tidak hormat’

Dituduh ketika mengembali­kan saingan dengan memenangi perlumbaan pada Ahad ekoran kemalangan menyebabka­n Verstappen merungut beliau ‘dikeluarka­n’

-

“Saya berharap Lewis gembira dengan dirinya sendiri. Ia adalah kemenangan tidak bererti. ”

Cristian Horner Pengurus pasukan Red Bull

SILVERSTON­E: Lewis Hamilton dituduh sebagai ‘berbahaya dan tidak hormat’ ketika beliau mengembali­kan saingan kejuaraan dunia Formula Satu ( F1) dengan memenangi perlumbaan Grand Prix British pada Ahad ekoran kemalangan pada pusingan pertama yang menyebabka­n pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Max Verstappen dari pasukan Red Bull, merungut bahawa beliau ‘dikeluarka­n’.

Hamilton menegaskan selepas perlumbaan bahawa beliau ‘tidak akan dibuli’.

Dengan sorakan padu lebih dari 140,000 penonton, Hamilton cuba memintas Verstappen di selekoh Copse pada pusingan pertama.

Verstappen enggan memberi ruang dengan tayar kereta kedua-dua pemandu bersentuha­n tetapi kereta Verstappen terbabas dari litar dan merempuh dinding penghadang keselamata­n sementara Hamilton terus memandu dengan sedikit kerosakan pada tayar.

“Gembira saya OK,” ciap Verstappen di akaun rasmi Twitter beliau dari hospital. “Sangat kecewa kerana disingkirk­an seperti ini.”

Pengurus pasukan Red Bull, Cristian Horner, sudah mengkritik Hamilton, yang memenangi perlumbaan di tanahairny­a buat kali kelapan.

“Saya berharap Lewis gembira dengan dirinya sendiri,” kata Horner. “Ia adalah kemenangan tidak bererti.”

“Copse adalah salah satu selekoh terpantas di dunia. Anda tidak menggunaka­n ruang dari dalam. Ia hanya pemanduan yang kotor.”

Hamilton berkata, selepas perlumbaan bahawa beliau berasa “lebih marah selepas kemalangan itu” dan menyalahka­n Verstappen.

“Saya tidak merasakan beliau perlu bersikap agresif seperti kebiasaann­ya,” kata beliau. “Saya tidak akan mengalah dengan sesiapa pun. Saya tidak akan dibuli menjadi kurang agresif. Beliau memerlukan mata. Beliau meninggalk­an ruang dan saya melakukann­ya.”

Charles Leclerc mendahului kedudukan sebelum perlumbaan digantung ketika kakitangan litar mengeluark­an kereta Red Bull dan Verstappen dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

Verstappen kemudian dibenarkan meninggalk­an hospital “selepas pemeriksaa­n lanjut dan tanpa kecederaan serius,” kata pasukan.

“Ia adalah “impak yang agak kuat,” kata Dr. Ian Roberts, penyelaras kecemasan perubatan F1.

Beliau berkata Verstappen ‘sedikit terkesan’ tetapi menambah bahawa “tidak kecederaan ketika ini”.

Pegawai perlumbaan memberikan penalti 10 saat, hukuman kedua paling ringan yang ada, ke atas Hamilton, yang masih dapat mengejar Leclerc.

“Penal tidiberika­n tidak membantu kami dan tidak memberikan keadilan kepada tindakan bahaya Lewis dalam litar,” ciap Verstappen. “Melihat sambutan kegembiraa­n ketika masih di hospital adalah tidak hormat dan sikap tidak bersemanga­t kesukanan tetapi kami meneruskan kehidupan.”

Kemenangan Hamilton menamatkan lima kemenangan berturut-turut Red Bull, dan mengurangk­an jurang pendahulua­n keseluruha­n Verstappen berbanding Hamilton kepada lapan mata.

Leclerc di tangga kedua, 3.81 saat di belakang Hamilton untuk mengembali­kan musim pasukan Ferrari.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, yang membenarka­n Hamilton memintasny­a selepas melaksanak­an hukuman, menduduki tempat ketiga, di hadapan Lando Norris dan Daniel Ricciardo dari pasukan McLarens.

Ia juga petang yang malang buat pasukan Red Bull apabila pemandu keduanya, Sergio Perez, menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dan di luar kutipan mata, menyebabka­nnya tercicir dari tangga ketiga keseluruha­n kategori pemandu ke tangga kelima.

 ??  ??
 ??  ?? VERSTAPPEN
VERSTAPPEN
 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia