Utusan Borneo (Sabah)

SOKONG INISIATIF PENDIDIKAN

Kerajaan bina lebih 2,000 menara komunikasi menerusi JENDELA

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Lebih daripada 2,000 menara komunikasi dan 400 lagi sedang dalam pembinaan akan dijayakan menerusi pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pandemik COVID19 membuatkan semua sektor berhadapan dengan cabaran getir.

Katanya, guru khususnya kini terpaksa menggalas tugasan yang lebih berat untuk menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

“Pandemik ini turut mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajar­an secara drastik.

“Guru kini tidak lagi bersemuka dengan pelajar atau murid ketika menyampaik­an pendidikan sebaliknya menggunaka­n aplikasi Google Classroom, Zoom, WhatsApp dan Telegram,” katanya sempena Sambutan Hari Guru 2021 di sini semalam.

Beliau berkata, dalam era Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR), kerajaan memahami cabaran yang dihadapi semua guru dalam sesi pembelajar­an secara maya.

Katanya, Sabah khususnya mempunyai bentuk topografi yang memberikan cabaran besar terhadap akses kepada Internet terutamany­a di kawasan pedalaman.

“Kreativiti seseorang guru kini diperlukan bagi memastikan pembelajar­an ini sampai kepada para pelajar atau murid, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai capaian Internet.

“Saya sedar ada guru yang terpaksa berjalan kaki jauh hanya untuk menyampaik­an bahan pendidikan kepada pelajarnya, sementara pihak sekolah juga melaksanak­an pelbagai cara bagi memastikan muridmurid tidak ketinggala­n daripada pendidikan.

“Untuk ini saya berterima kasih kepada guru-guru,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat Sabah untuk terus memberikan penghormat­an tinggi kepada guru-guru kerana dalam era siber sekarang, sering kali kedengaran guru dikecam tanpa sebab.

Katanya, semua pihak harus ingat susah untuk membalas budi para guru yang sudah memberikan sumbangan besar dalam pendidikan anak masingmasi­ng.

“Kerajaan negeri akan terus memantau rapat perkembang­an pendidikan di Sabah menerusi pelbagai agensi selain menyokong semua inisiatif yang dirancang untuk memartabat­kan lagi pencapaian pendidikan negeri,” katanya.

Sambutan Hari Guru 2021 yang diadakan secara maya turut menyaksika­n Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan diserahkan kepada bekas Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul, sementara Anugerah Tokoh Guru diberikan kepada Dr. Shirley Tay Siew Hong.

 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia