Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas syabu bernilai lebih RM100,000

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dadah jenis syabu seberat 2.82 kilogram (kg) berjaya dirampas dalam satu serbuan di tempat letak kereta di Jalan Chong Thien Vun, di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan, 30, dan wanita warga asing,52, disyaki pengedar dadah di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya mendapat maklumat awal berkaitan dadah yang dibawa suspek.

“Pasukan serbuan bertindak mengikuti suspek sehingga ke lokasi berkenaan sebelum membuat pemeriksaa­n ke atas kenderaan yang dinaiki mereka.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menemui empat bungkusan plastik mengandung­i hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam kenderaan suspek,” katanya semasa sidang media, di sini semalam.

Peter berkata, rampasan syabu seberat 2.82 kg itu dianggarka­n bernilai RM101,556 mengikut harga pasaran dadah.

“Kita tidak menolak kegiatan pengedaran dadah kedua-dua suspek terbabit mempunyai rangkaian lain yang masih bebas.

“Bagaimanap­un, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati keduadua suspek negatif daripada sebarang dadah dan tiada rekod kesalahan lampau,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan untuk mendapatka­n maklumat sekiranya terdapat individu lain yang terlibat.

Katanya, polis turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang digunakan suspek dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua suspek kini direman bermula 15 hingga 22 Julai depan dan kemungkina­n reman akan dilanjutka­n lagi,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Peter (tengah) menunjukka­n syabu yang berjaya dirampas daripada suspek.
SIDANG MEDIA: Peter (tengah) menunjukka­n syabu yang berjaya dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia