Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n kes di Sabah mampu dikawal segera

-

KOTA KINABALU: Peningkata­n kes COVID- 19 dalam tempoh dua hari kebelakang­an ini di Sabah disebabkan berlakunya penularan jangkitan di penjara.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Rose Nani Mudin berkata, apabila berlaku kes, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat saringan meluas kepada semua anggota dalam penjara dan inilah yang menyebabka­n peningkata­n kes mendadak.

“Kita sedia maklum penjara adalah tempat yang tertutup dan jangkitan mudah berlaku,” katanya kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di sini semalam.

Bagaimanap­un, Rose Nani yang juga pakar kawalan penyakit berjangkit yakin peningkata­n kes itu boleh dikawal dengan segera menerusi koordinasi oleh pasukan kawalan serta bilik gerakan yang beroperasi setiap hari di semua daerah.

Ditanya berkaitan pemberian vaksin kepada penghuni penjara, beliau mendedahka­n pihaknya kini sedang berusaha untuk mempercepa­tkan pemberian vaksin kepada semua rakyat di Sabah.

“Memang matlamat kami adalah untuk memberi vaksinasi secepat dan sebanyak mungkin untuk rakyat Sabah.

“Namun, kami masih menunggu bekalan vaksin kerana kita perlu memberi perhatian dan keutamaan kepada negeri-negeri yang mempunyai kes yang sangat tinggi.

“Sehingga Julai 2021, kita menerima lebih 700 ribu vaksin dan kita sedang giat memperting­katkan pemberian vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin ( PPV) sebanyak dua kali ganda khususnya di PPV yang mempunyai populasi tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an umat Islam di negeri ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam menyambut Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, pematuhan SOP seperti sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, memastikan penjarakan fizikal dan membasuh tangan adalah mustahak bagi menjamin keselamata­n diri, keluarga serta masyarakat sekeliling.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Asits Sanna; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Perubatan) Dr Abd Kahar Abd Asis; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) Jackson Taguah; dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Dr Zaiton Tahir.

 ??  ?? ALBUM: Juhar (tiga kanan) merakamkan gambar album kunjungan rombongan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diketuai Rose Nani (tiga kiri), Zaiton, Abd Kahar (kiri), Asits (dua kanan) dan Jackson (kanan).
ALBUM: Juhar (tiga kanan) merakamkan gambar album kunjungan rombongan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diketuai Rose Nani (tiga kiri), Zaiton, Abd Kahar (kiri), Asits (dua kanan) dan Jackson (kanan).
 ??  ?? KUNJUNGAN: Rose Nani (kiri) ketika melaporkan keadaan semasa COVID-19 di Sabah kepada Juhar.
KUNJUNGAN: Rose Nani (kiri) ketika melaporkan keadaan semasa COVID-19 di Sabah kepada Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia