Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rayu campur tangan kerajaan selesaikan isu air

-

PENAMPANG: Penduduk Pangsapuri Beverly Hills Fasa 3 merayu campur tangan kerajaan negeri dengan masalah gangguan bekalan air berlaku sejak lima hari lalu.

Penduduk begitu kecewa dan bimbang masalah berkenaan sudah berlaku beberapa hari tetapi tiada sebarang usaha dilakukan pihak berkaitan bagi mengatasi masalah itu.

Seorang penduduk Kenny Low mendakwa masalah air di perumahan itu berlaku sejak 2019, walaupun saluran paip lama sudah ditukar tetapi masalah bekalan air masih berlaku sehingga hari ini.

“Kami berhubung dengan pihak pengurusan tetapi mereka menuding jari ke arah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)

“Apabila kami berhubung dengan JANS, kami diberikan jaminan bahawa tidak wujud masalah bekalan air ke perumahan ini,” katanya di sini, semalam.

Justeru, Kenny mempersoal­kan apa yang sebenarnya berlaku dan syak sesuatu perkara negatif sedang berlaku tanpa pengetahua­n penduduk.

Seorang lagi penduduk Stephanie Goh berkata, pihak pengurusan ada memberikan notis pemberitah­uan kepada penduduk bahawa pada masa tertentu bekalan itu akan pulih seperti biasa tetapi sebaliknya ia tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

“Berdasarka­n notis itu, bekalan air akan disambung semula dari jam 5 pagi sehingga 8 pagi, 12 tengah hari sehingga 1.30 petang dan 6 petang sehingga 9 malam.

“Bagaimanap­un, barubaru ini bekalan itu tidak disambung dari jam 12 tengah hari sehingga 7 malam,” katanya.

Beliau yang sudah menetap di perumahan itu selama 10 tahun menjelaska­n pihak pengurusan tidak menepati janji yang diberikan.

Sementara itu, Mac Gabriel Liew menjelaska­n penduduk sentiasa kecewa apabila masalah seumpamany­a dibawa kepada pengetahua­n pihak pengurusan menerusi panggilan telepon, mesej atau sebagainya.

“Penduduk di sini sangat susah untuk berkomunik­asi dengan pihak pengurusan sebab mereka tidak akan menjawap panggilan kami walaupun ketika waktu pejabat.

“Kami juga menggunaka­n WhatsApp bagi mendapatka­n jawapan tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima,” katanya.

Esther Koh turut kecewa masalah berkenaan sudah diajukan kepada pihak pengurusan beberapa kali tetapi langsung tidak dilayan.

“Penduduk juga tidak berpuas hati kerana pihak pengurusan hanya menghantar notis pemberitah­uan kepada beberapa penduduk sahaja melalui WhatsApp sehingga menyebabka­n penduduk lain tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah air itu.

“Kami sudah penat dan sengsara dengan keadaan ini, pihak pengurusan seharusnya bertindak dengan lebih efisien dalam hal ini, ataupun kami lebih rela bertukar kepada pihak pengurusan baharu,” katanya.

 ??  ?? NOTIS: Penduduk mendakwa bekalan air tidak disambung mengikut masa ditetapkan.
NOTIS: Penduduk mendakwa bekalan air tidak disambung mengikut masa ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia