Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti Kristian Tawau hargai PEMULIH

- Oleh Yap Siong Han

TAWAU: Komuniti Kristian dari 14 gereja Parlimen Tawau menzahirka­n penghargaa­n terhadap program bantuan makanan di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew semasa melawat gereja-gereja berkenaan pada hujung minggu lalu menyampaik­an bakul makanan berkenaan.

Antara gereja yang terlibat termasukla­h The Christian Revival Church Takada, Gereja Pantekosta Eben Ezer ( Taman Berkley), Gereja Baptis Hosana Tawau ( Taman Gaya), Xin Ann Baptist Church di Jalan Sin Onn, Church of Glory (Unijaya Commercial Centre), Bintang Garden Baptist Church ( Kilometer 2 1/ 2 Jalan Apas).

Turut terlibat, Gereja Pantekosta Imanuel Malaysia, Gereja Baptis Tawau (BM Congregati­on), Sri Tanjung Baptist Church (Chinese Congregati­on) di Jalan Kuhara dan Gereja Pantekosta Tawau (Batu 3 Jalan Apas) yang kesemuanya dalam kawasan Sri Tanjung.

Selain itu, bantuan juga diserahkan kepada Gereja Baptis Kiulu Baru, Gereja Katolik St Stephen, Chapel St James dan Chapel St Agnes di Kg Nosoob, Penampang Baru (dalam DUN Balung).

Ketika berada di Dewan Penampang Baru Tass, Christina menyerahka­n bantuan itu kepada wakil Chapel St James, Gelord Emol yang juga Wakil Ketua Anak Negeri ( WKAN) untuk Kampung Tass.

Pastor Amos Petrus mewakili Gereja Pantekosta Tawau, menzahirka­n penghargaa­n kepada Ahli Parlimen Tawau kerana mengambil berat kebajikan ahli-ahli gereja berkenaan.

Daniel Chan dan Pastor Pau Kiu Kiong yang mewakili Bintang Garden Baptist Church berkata, pihaknya akan mengagihka­n bantuan itu kepada semua ahlinya.

Pastor Winston Tai dari Xin Ann Baptist Church Jalan Sin Onn turut berterima kasih kepada Christina kerana memasukkan gereja itu dalam senarai penerima bantuan.

“Program ini sangat baik khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti masyarakat luar bandar kerana mereka hidup dalam keadaan miskin,” katanya.

Menurut Pastor Rita Simon of Gereja Baptis Husana Tawau, bekalan beras serta keperluan makanan yang lain akan meringanka­n beban banyak Ketua Isi Rumah ( KIR) yang menyediaka­n makanan kepada keluarga masing-masing dalam tempoh mencabar ini.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Api- Api turut sempat bertemu dengan Yonatan Musang dan Pastor Ho Tet Kee masing-masing dari Gereja Baptis Tawau (BM Congregati­on) dan Sri Tanjung Baptist Church (Chinese Congregati­on).

Beliau dibantu oleh pasukan dari Pusat Perkhidmat­an Masyarakat Parlimen Tawau dan Pegawai Perhubunga­n DUN Api-Api Grace Lee.

 ??  ?? SERAH: Christina (dua kanan) menyerahka­n bantuan makanan kepada Pastor Amos Petrus (kiri) di Gereja Pantekosta Tawau.
SERAH: Christina (dua kanan) menyerahka­n bantuan makanan kepada Pastor Amos Petrus (kiri) di Gereja Pantekosta Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia