Utusan Borneo (Sabah)

Nizam sumbang 13 ekor lembu korban di DUN Apas

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sebanyak 13 ekor lembu akan diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas bagi menyambut ibadah korban tahun ini.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya akan mengagihka­n lembu korban berkenaan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) Apas.

“Saya berharap semua penduduk di kawasan DUN Apas akan meraikan Hari Raya Aidiladha ini dengan mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Memandangk­an kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) dan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), semua penduduk perlu mematuhi SOP bagi mengelak penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian semasa menyampaik­an bakul makanan di Batu 4 Jalan Apas, di sini semalam.

Mengulas mengenai program bantuan itu, beliau berkata sebanyak 4,500 pek bakul makanan diagihkan kepada golongan sasar di DUN Apas.

Katanya, bantuan bakul makanan itu adalah inisiatifn­ya sebagai wakil rakyat bagi meringanka­n bebanan keluarga yang terjejas semasa menyambut Aidiladha.

Pihaknya juga mengagihka­n lebih 6,000 bakul makanan di DUN Apas dan sekitarnya sejak akhir bulan lalu sehingga sekarang.

“Selain itu, kita juga sudah menerima bantuan bakul makanan daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri ( GLC) Kumpulan Sawit Kinabalu sebanyak 500 pek dan syarikat swasta 400 pek untuk diagihkan.

“Saya berharap bantuan yang diberikan itu dapat meringan beban semua penduduk yang terjejas terutamany­a golongan e-Kasih dan B40,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Nizam (tiga kanan) menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada golongan B40 di Batu 4 Jalan Apas.
BANTUAN: Nizam (tiga kanan) menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada golongan B40 di Batu 4 Jalan Apas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia