Utusan Borneo (Sabah)

Joseph dipilih Pengerusi LDP Bahagian Luyang

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Joseph Kong Yin Jee dipilih sebagai Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Luyang dalam satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), kelmarin.

Bahagian berkenaan juga sebulat suara mencalonka­n Datuk Chin Su Phin dan Datuk Yong Wui Chung untuk Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden LDP pada pemilihan parti akan datang.

Persidanga­n AGM berkenaan dijalankan secara atas talian dan Joseph yang mengetuai LDP Bahagian Luyang menang tanpa bertanding untuk jawatan itu.

Katanya, LDP Bahagian Luyang meluluskan satu-satunya usul dalam mesyuarat berkenaan iaitu mencalonka­n Chin dan Yong yang juga penyandang jawatan presiden dan setiausaha agung LDP.

Joseph berkata, bahagian beliau akan diperkasak­an semula dengan barisan pemimpin muda untuk tempoh yang baharu.

“Semua ahli jawatankua­sa bahagian Luyang adalah berumur tidak lebih daripada 40 tahun, ini akan membawa nafas baharu kepada bahagian ini.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, kita akan menjadikan bahagian Luyang ini sebagai hab multimedia. Kami juga akan menganjurk­an beberapa siri aktiviti atau latihan multimedia, pereka grafik, fotografi, penerbit filem dan banyak lagi,” katanya,

Beliau percaya, aktiviti seumpamany­a bersama kepimpinan muda di bahagian berkenaan mampu menarik lebih ramai belia menyertai LDP.

Turut serta dalam persidanga­n itu, Pembantu Setiausaha Agung LDP merangkap Wakil Jawatankua­sa Pemilihan David Ong; Ketua Pegawai Penerangan Simon Chin dan Ketua Pemuda Pegerakan LDP Pusat Sim Fui.

Barisan kepimpinan jawatankua­sa LDP Bahagian Luyang (2021-2024) adalah terdiri daripada Pengerusi Joseph Kong Yin Jee; Timbalan Pengerusi David Yu Chow Wang; Naib Pengerusi Patrick Wong Kee Lung dan Thomas Thein Zee Shen.

Naib Pengerusi merangkap Ketua Pemuda Bahagian Yong Harn Jiann; Naib Pengerusi merangkap Ketua Wanita Lee Cheng Wen; Setiausaha Kiung Jeon Shii; Pembantu Setiausaha Alviin Ling Siea Ping; Bendahari Hsu Ja Zin; Pembantu Bendahari Chong Haw Nam dan Pegawai Penerangan Rex Lee Kang Yan.

Ahli- ahli Jawatankua­sa Mu Chen Wun, Yenny Lim Yen Yen, Lewis Lai Chiong Luk, Anthony Su Yon How, Jacky Kong Yin Kwon, Ham Cheng Siong, Elaine Lai Yee Ling dan Connie Chong Kyun Yau.

 ??  ?? JOSEPH
JOSEPH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia