Utusan Borneo (Sabah)

Empat senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara

-

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, semalam.

Mereka ialah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang Suan.

Ahli Dewan Negara lantikan semula penggal kedua oleh Yang di-Pertuan Agong ialah Radzi yang berkuat kuasa mulai 17 Julai lepas hingga 16 Julai 2024, John Ambrose (mulai 16 Jan lepas hingga 15 Jan 2024) dan Teo (hari ini hingga 18 Julai 2024).

Sementara Bobbey adalah lantikan kali pertama pilihan Dewan Undangan Negeri Sabah berkuat kuasa mulai 5 Jan lepas hingga 4 Jan 2024.

Keempat-empat mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsun­g di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan empat Ahli Dewan Negara itu mengingatk­an mereka supaya melaksanak­an segala amanah yang diberikan dengan cemerlang. “Sumpah yang dilafazkan yang berhormat senator sekalian, harus dijunjung dan didaulatka­n dengan segala upaya agar Perlembang­aan Persekutua­n dan sistem legistatif dapat berfungsi dengan baik.

“Renungkan hal- hal di persekitar­an kita dan tanya diri kita bagaimana untuk menjadi senator, wakil rakyat, menteri dan timbalan menteri yang cemerlang untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata peranan Kaukus Kesejahter­aan Rakyat Dewan Negara yang ditubuhkan sebelum ini, akan ditambah baik fungsinya agar lebih formal dengan dijadikan ia sebagai Jawatankua­sa Pilihan Khas Kesejahter­aan Rakyat Dewan Negara.

Beliau berkata jawatankua­sa khas itu akan memastikan segala kemaslahat­an rakyat dan isu yang melingkari negara dapat diselesaik­an sebaik mungkin sekali gus menjadikan Dewan Negara sebagai institusi yang berwibawa.

“Pesan kepada kepada semua menteri dan timbalan menteri yang berkhidmat berkaitan dengan Dewan Negara agar semuanya bersama-sama menjayakan peranan kemasyarak­atan dan kesejahter­aan melalui jawatankua­sa pilihan khas ini,” katanya.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dijadual 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos manakala Mesyuarat Khas Dewan Negara berlangsun­g pada 3 hingga 5 Ogos.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Rais (tengah) beramah mesra bersama (dari kiri) John Ambrose, Radzi, Teo dan Bobbey selepas upacara mengangkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Rais (tengah) beramah mesra bersama (dari kiri) John Ambrose, Radzi, Teo dan Bobbey selepas upacara mengangkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia