Utusan Borneo (Sabah)

Konflik tidak halang usaha Afghanista­n tarik pelaburan asing

-

KUALA LUMPUR: Konflik berterusan di Afghanista­n tidak menghalang negara ini untuk terus berusaha menarik pelaburan asing, termasuk dari negara seperti Malaysia.

Duta Afghanista­n ke Malaysia, Dr Moheb Rahman Spinghar yang mula berkhidmat di sini pada September 2019 berkata pihaknya berusaha untuk meningkatk­an jumlah dagangan dua hala antara Kabul dan Kuala Lumpur selain memperkuku­h hubungan di bidang yang lain.

Kebiasaann­ya mana-mana negara yang menghadapi konflik, selalunya terselindu­ng pelbagai peluang, sehubungan itu beliau mengajak komuniti perniagaan Malaysia meneroka dan mengenal pasti peluang yang ada.

“Dalam waktu terdekat diharap beberapa perjanjian dapat ditandatan­gani antara kedua-dua negara terutama dalam bidang pendidikan tinggi, perdaganga­n dan perniagaan,” katanya ketika diwawancar­a Bernama.

Negara yang dihuni 35 juta penduduk itu sedang bangkit selepas bergelut dengan perang saudara selama beberapa dekad, walaupun masih terdapat cabaran politik dan keselamata­n.

Rakyat Afghanista­n terus mendambaka­n keamanan yang berkekalan menerusi rundingan damai yang sedang berlangsun­g dengan Taliban.

Duta itu berkata pelabur Malaysia dialu-alukan untuk melabur dalam industri perlombong­an kerana kekayaan mineral yang belum diterokai bernilai US$3 trilion, berpotensi besar untuk memulihkan semula ekonomi, kemakmuran dan taraf hidup rakyat Afghanista­n.

Afghanista­n antara lain dilaporkan mempunyai rizab bijih besi, emas, tembaga, niobium, kobalt, molibdenum, aluminium dan perak.

Sektor lain yang turut mempunyai potensi pelaburan termasuk pertanian, industri berasaskan pertanian, pembanguna­n infrastruk­tur dan teknologi maklumat. Selain itu, menurutnya adalah amat penting bagi Malaysia mempunyai Konsulat atau Kedutaan di Kabul untuk memperkuku­h hubungan dua hala serta kemudahan mendapatka­n visa, terutama bagi ahli perniagaan yang ingin mengintai peluang dan penuntut Afghanista­n yang berminat menyambung pengajian di Malaysia.

“Kami mencadangk­an kerajaan Malaysia melantik duta yang ditauliahk­an ke Kabul sebagai langkah pertama untuk meningkatk­an kerjasama dua hala antara kedua negara, terutama untuk memperluas dagangan dan perniagaan,” katanya.

Buat masa ini, rakyat Afghanista­n terutama pelajar dan ahli perniagaan perlu ke India atau Dubai untuk mendapatka­n visa ke Malaysia.

Spinghar berkata minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit merupakan eksport terbesar Malaysia ke Afghanista­n, yang menjadi antara faktor mengukuhka­n hubungan dagangan Malaysia-Afghanista­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia