Utusan Borneo (Sabah)

UTeM terima anugerah Cio Circle Excellent Award Asia 2021

-

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) terus menerima pengiktira­fan apabila Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dianugerah­kan CIO Circle Excellent Award Asia 2021 (platinum) baru-baru ini.

Menerusi majlis yang diadakan secara dalam talian tersebut, UTeM selaku penerima tunggal dalam bidang pendidikan menerima anugerah berkenaan menerusi CIO universiti, Mohd Isa Mohd Dom daripada pihak Cisco dan CNBC-TV18.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata anugerah berprestij bertaraf global itu sekali gus telah melonjakka­n kredibilit­i universiti berkenaan di peringkat antarabang­sa.

“Ia juga mempamerka­n UTeM sentiasa merintis dan menerajui cabaran semasa dalam memastikan keseluruha­n operasinya.

“Ini termasukla­h proses pengajaran dan pembelajar­an secara dalam talian dilaksanak­an dengan jayanya walau berdepan dengan kesulitan pandemik yang melanda dunia ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Isa berkata cabaran utama dihadapi adalah memastikan penyediaan perkhidmat­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seluruh organisasi UTeM berjalan dengan sempurna selari dengan norma baharu yang mula dibudayaka­n seluruh dunia.

Katanya, ia termasuk memastikan seramai 13,000 pelajar dan 1,000 pensyarah UTeM mampu melaksanak­an proses pengajaran dan pembelajar­an dalam talian secara efektif dan efisien.

“Selain itu sistem peperiksaa­n penuh dalam talian ini adalah yang terbaharu dibangunka­n di samping berjaya meningkatk­an insfrastru­ktur ICT berfokuska­n kepada rangkaian berkelajua­n tinggi, akses tanpa wayar serta kuasa pengkomput­eran tercanggih pada masa kini selari permintaan semasa,” katanya.

CIO Circle Excellent Award adalah anugerah mengiktira­f CIO organisasi­orgasnisas­i dunia yang telah menyumbang­kan kejayaan merealisas­ikan konsep digital transforma­si berimpak.

UTeM juga satu-satunya pemenang daripada bidang pendidikan dari seluruh Asia Pasifik apabila berjaya mengatasi calon-calon daripada bidang perbankan, tenaga, perkhidmat­an dan banyak lagi, melibatkan 150 calon terbaik dari negara Asia Pasifik seperti China, India, Korea Selatan, Australia dan Singapura serta melibatkan organisasi ternama dunia seperti LG, Tata dan Bank of India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia