Utusan Borneo (Sabah)

Kelonggara­n bagi individu lengkap dua dos vaksin diumum selepas Aidiladha: TPM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumka­n kelonggara­n kepada individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti jawatankua­sa teknikal bagi memastikan jenis kelonggara­n yang akan dibenarkan kepada golongan itu.

“Kita juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggark­an. Perkara ini kita sedang teliti,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n inisiatif Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan, di sini semalam.

Ketika ditanya nasib mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dirujuk kepada Kementeria­n Kesihatan.

Sementara itu, mengenai cadangan menaikkan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP, Ismail Sabri berkata kadar itu tertakluk kepada pindaan Ordinan

Darurat.

Beliau berkata di bawah Ordinan Darurat, kerajaan sebelum ini telah menaikkan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 kepada

RM50,000.

“Darurat akan tamat pada 1 Ogos ini dan kita (kompaun) akan kembali kepada RM1,000,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan melancarka­n program ‘Mindef Prihatin’ bagi membantu meringanka­n beban anggota dan veteran tentera yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata sumbangan daripada anak syarikat Kementeria­n Pertahanan, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan sektor perbankan akan diagihkan dalam bentuk makanan asas serta ditempatka­n di masjid untuk kegunaan mereka yang terjejas.

“Program ini kita luaskan bukan sahaja kepada anggota tetapi juga veteran dan orang ramai yang menghadapi kesusahan. Penglibata­n Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu rakyat bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada program jiwa murni dan kita sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ismail Sabri melancarka­n program MINDEF Prihatin iaitu bantuan makanan asas dengan slogan ‘Ambil bila perlu, beri jika mampu’ di Wisma Pertahanan semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ismail Sabri melancarka­n program MINDEF Prihatin iaitu bantuan makanan asas dengan slogan ‘Ambil bila perlu, beri jika mampu’ di Wisma Pertahanan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia