Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan 18 individu sindiket pinjaman wang tidak wujud

Sindiket mengaut keuntungan sehingga RM500,000 setiap bulan

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, yang merupakan ahli sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam talian, melibatkan kerugian lebih RM3 juta, dalam dua serbuan Batu Feringghi, di sini pada 15 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil( JSJK) Pulau Pinang ACP Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, 15 lelaki dan tiga wanita itu yang kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 23 tahun itu, ditahan dalam serbuan di dua buah rumah berasingan bermula jam 1 pagi, hasil risikan dan intipan dijalankan pihaknya sejak sebulan lepas.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan 10 lelaki dan dua wanita yang berada di ruang tamu di rumah tersebut. Hasil siasatan awal mendapati, seorang daripada suspek adalah penyewa kediaman tersebut manakala seorang lagi suspek adalah di bawah umur namun sudah tidak bersekolah.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 34 buah telefon bimbit, dua buah komputer riba dan 14 keping kad ATM pelbagai bank, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan mereka menjalanka­n pinjaman wang

“Dalam serbuan itu, polis merampas 34 buah telefon bimbit, dua buah komputer riba dan 14 keping kad ATM pelbagai bank, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan mereka menjalanka­n pinjaman wang tidak wujud ” dalam talian.

ACP Mohd Rosni Mohd Lazim Ketua JSJK Pulau Pinang

tidak wujud dalam talian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang, semalam.

Mohd Rosni berkata susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah dan menahan lima lelaki dan seorang wanita yang disyaki ahli sindiket yang sama dan merampas 10 buah telefon bimbit, sebuah komputer riba dan 11 keping kad ATM pelbagai bank.

Beliau berkata siasatan mendapati, modus operandi sindiket itu adalah dengan menawarkan pinjaman wang kepada mangsa melalui media sosial iaitu Facebook dan Instagram, dan seterusnya mangsa akan diminta mengisi maklumat peribadi dan jumlah pinjaman yang dipohon, melalui pautan yang diberikan.

Katanya selepas itu, ahli sindiket akan menghubung­i mangsa dan meminta untuk membuat pelbagai bayaran wang proses sebelum pinjaman tersebut diluluskan, namun selepas membuat bayaran panggilan mereka akan disekat oleh suspek.

“Ahli sindiket akan memberi pelbagai alasan bagi meyakinkan mangsa untuk membuat bayaran, dan siasatan kami juga mendapati mereka menggunaka­n akaun bank orang lain iaitu keldai akaun, untuk mangsa memasukkan wang kononnya untuk urusan pemprosesa­n pinjaman,” katanya.

Katanya siasatan juga mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh sindiket itu terlibat dalam 21 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud, yang dilaporkan di 12 buah negeri termasuk Pulau Pinang dan sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas, dengan mengaut keuntungan sehingga RM500,000 setiap bulan.

“Sindiket ini juga turut bertindak menukar lokasi operasi mereka di sekitar negeri ini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Kedua-dua kediaman tersebut disewa oleh seorang ahli sindiket dengan bayaran RM3,500 dan semua mereka menerima bayaran upah RM3,000 hingga RM5,000 setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada yang ditangkap adalah ketua kepada sindiket di Pulau Pinang dan pihaknya tidak menolak kemungkina­n sindiket tersebut mempunyai rangkaian hampir di seluruh negara, serta usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, semua mereka ditahan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu, dan mereka juga disiasat menurut Peraturan 5(1) Peraturanp­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia