Utusan Borneo (Sabah)

Polis buru tiga individu langgar kuarantin COVID-19 di Puchong

-

SUBANG JAYA: Polis memburu tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai melanggar arahan kuarantin wajib COVID-19 di rumah apabila berada di hadapan sebuah premis farmasi di Puchong Perdana, dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kesemua individu warga tempatan tersebut memakai gelang warna merah jambu dilihat berada di situ pada kira-kira jam 11.20 pagi selepas tular satu gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook Warga Puchong pada Jumaat lalu.

“Susulan itu, polis membuat pemeriksaa­n di premis itu dan hasil temu bual terhadap penyelia farmasi mendapati seorang lelaki memakai gelang merah jambu masuk ke farmasi tanpa imbasan MySejahter­a untuk membeli ubat manakala (yang lain) menunggu di luar premis. “Lelaki yang berada di farmasi itu kemudian keluar tanpa membuat sebarang pembelian setelah dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Susulan itu, katanya empat pekerja farmasi yang bertugas pada hari itu telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing- masing sebelum diarahkan membuat ujian saringan COVID-19.

Katanya, polis turut mengeluark­an kompaun terhadap farmasi berkenaan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit No. 3 2021 kerana gagal memastikan pelanggan risiko rendah dibenarkan masuk dalam premis.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan atau Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia