Utusan Borneo (Sabah)

CITF siasat dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong

Petugas vaksinasi didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas

-

KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat dakwaan mengenai beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi kenyataan semalam, CITF berkata siasatan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Tegas CITF, petugas vaksinasi yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang, malah perkhidmat­an petugas yang terlibat boleh ditamatkan.

“ATM telah membuat siasatan mengenai kejadian tersebut dan individu terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi ” tersebut.

Kenyataan CITF

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, setiap petugas vaksinasi perlu menunjukka­n picagari yang berisi vaksin kepada penerima vaksin sebelum suntikan dilakukan.

“Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti yang sepatutnya,” menurut kenyataan itu.

Menurut CITF, kes di Kedah dilaporkan pada Sabtu lepas di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang dikhaskan untuk anggota ATM dan ahli keluarga.

Proses vaksinasi di PPV berkenaan dilaksanak­an oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem itu.

“ATM telah membuat siasatan mengenai kejadian tersebut dan individu terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut,” katanya.

Selain itu, dua lagi dakwaan kes sama turut dilaporkan masing-masing di PPV Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini pada Sabtu lepas dan PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) di Selangor kelmarin.

Menurut CITF, kes berkenaan dalam siasatan polis dan perkembang­an mengenai perkara itu akan dimaklumka­n oleh pihak berkuasa berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia