Utusan Borneo (Sabah)

Perbadanan Industri Muzik Malaysia bantu bangunkan industri: Saifuddin

-

PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM), sebagai badan khusus yang akan merangka dan memastikan pembanguna­n industri muzik tanah air diselarask­an secara holistik dan dilaksanak­an dengan sinergi oleh pelbagai pihak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau optimis dengan penubuhan PIMM, beberapa isu dapat melibatkan industri muzik dapat diselesaik­an antaranya royalti, pangkalan data penggiat muzik, pembiayaan ekonomi dan juga perspektif masyarakat terhadap industri muzik dapat diubah.

“Suasana muzik tanah air telah melalui satu perjalanan yang panjang, namun tidak ada satu agensi khusus yang bertanggun­gjawab menguruska­n industri muzik.

Jadi dengan adanya PIMM, kejayaan dalam bidang muzik dapat dilipatgan­dakan,” katanya pada sidang media secara maya semalam.

Beliau berkata PIMM yang diluluskan penubuhann­ya pada Rabu lepas, akan berperanan sebagai satu ekosistem industri muzik yang terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu penghasila­n, persembaha­n dan pendidikan muzik dalam negara.

Saifuddin berkata PIMM juga akan menjadi penyelaras prasarana dan infrastruk­tur serta pengagihan insentif kewangan dan dana bagi tujuan pengembang­an industri dan kebajikan penggiat industri.

Selain itu, kata beliau, PIMM turut akan berfungsi sebagai penggerak ke arah pembanguna­n dan memartabat­kan industri muzik negara berteraska­n ilmu dan pembudayaa­n kepada penghasila­n karya dan bakat berkualiti tinggi, dan berdaya saing di pentas antarabang­sa dan sebagai badan kawal selia yang memantau kemasukan lagu dari luar bagi mengawal budaya kuning.

Beliau berkata kementeria­n kini dalam proses melantik jawatankua­sa sementara bagi memulakan tugasan awal manakala ahli lembaga PIMM akan terdiri daripada wakil kerajaan dan juga industri.

Bagi pelan jangka panjang pula, Saifuddin berkata Kumpulan Wang Perbadanan Industri Muzik juga akan diperkenal­kan bertujuan membiaya aktiviti pembanguna­n dan industri dan persembaha­n yang dijangka diperkenal pada pertengaha­n Julai 2022.

Terdahulu, Saifuddin mengadakan sesi ramah mesra bersama penerima Dana Kandungan Digital Muzik yang telah menghasilk­an program Hiburan Dari Rumah (HDR) yang antara lain berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka sewaktu tempoh kawalan pergerakan ini.

 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia