Utusan Borneo (Sabah)

Man City perlukan Riyad untuk bantu kelab ditawarkan kontrak baharu

-

MANCHESTER: Kelab Manchester City dijangka akan menawarkan kontrak baharu kepada Riyad Mahrez selepas pemain sayap itu memainkan peranan penting membantu kelab merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Liverpool musim lepas.

Kontrak Mahrez dijangka berakhir pada 2023 dan pemain antarabang­sa Algeria itu difahamkan menarik perhatian beberapa kelab besar di Eropah, bersama- sama beberapa lagi pemain City.

Tetapi komen dari pemain berusia 30 tahun itu pada awal minggu bahawa beliau komited untuk terus kekal di Manchester, akan meningkatk­an lagi perancanga­n pengurus kelab, Pep Guardiola.

“Apa jika saya mahukan yang lebih bagus lagi? Saya tidak melihat apa yang lebih bagus berbanding Man City,” kata Mahrez dalam satu temu bual untuk laman perkongsia­n video, YouTube.

“Untuk cuba memenangi kejuaraan di tempat lain? Tidak, saya benar-benar sukakan England dan bola sepak Inggeris cukup menarik. Saya tidak mahu pergi. Saya masih mempunyai sasaran untuk dicapai di sini.

“Apabila anda melihat Guardiola mahukan anda, ia membanggak­an. Menyesuaik­an diri di sini bukan muda tetapi perhubunga­n kami hari ini, semua orang tahu ia bagus.”

Mahrez mempamerka­n musim terbaik beliau bersama City sejak tiba dari Leicester City dengan yuran perpindaha­n 45 juta pound pada 2018. Dalam 48 penampilan untuk semua pertanding­an termasuk 27 dalam Liga Perdana - beliau menjaringk­an 14 gol dan mengumpan sembilan gol.

Dengan beberapa pemain utama City sama ada beraksi di Euro atau Copa Amerika, Mahrez mungkin akan digunakan sepenuhnya oleh Guardiola pad awal musim kerana beliau berehat panjang pada musim panas ini.

Beliau dilihat bercuti bersama-sama penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland di kepulauan Greece, Mykonos bulan lepas.

 ??  ?? RIYAD
RIYAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia