Utusan Borneo (Sabah)

Chong, Pellistri bantu Man United tewaskan Derby County 2-1

-

DERBY: Tahith Chong dan Facundo Pellistri menjaringk­an gol ketika Manchester United memulakan persediaan pramusim dengan kemenangan 2- 1 ke atas Derby County di Pride Park pada Ahad.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskajer itu menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak sebelum Colin Kazim- Richards merapatkan kedudukan untuk pasukan Liga Kejuaraan yang dibimbing Wayne Rooney.

Tom Heaton menyerlah pada penampilan pertama beliau sejak kembali menyertai United pada musim panas ini sementara Jesse Lingard juga kelihatan cergas selepas kembali dari tempoh pinjaman enam bulan di West Ha United walaupun tiba lewat untuk latihan minggu lepas.

Dengan kebanyakan pemain utama United bercuti selepas Euro 2020, beliau memilih skuad gabungan pemain kesebelasa­n utama dan pemain muda ketika beliau membuat persediaan untuk musim baharu Liga Perdana Inggeris pada bulan hadapan.

Heaton, yang kembali ke United tanpa yuran perpindaha­n dari Aston Villa, bermula di pintu gol, di belakang empat pemain pertahanan termasuk Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams dan Axel Tuanzebe.

Juan Mata, kapten pasukan pada perlawanan ini, dan Mason Greenwood, juga diturunkan bersama- sama pemain dari akademi kelab Teden Mengi, Dylan Levitt, Anthony Elanga, James Garner dan Chong.

Chong membuka jaringan buat United pada minit ke18, merampas bola dari Max Bird dalam kotak penalti sebelum menjaringk­an gol pada cubaan kedua selepas cubaan pertama ditepis penjaga gol Derby, Kelle Roos.

Chong dijangka akan menghabisk­an musim hadapan di luar Old Trafford selepas bersetuju kontrak pinjaman satu musim dengan kelab Liga Kejuaraan, Birmingham tetapi beliau mengambil peluang sepenuhnya untuk bersama United semasa pramusim.

Solskjaer melakukan sembilan pertukaran pemain pada masa rehat, dengan hanya Tuanzebe dan Mengi dikekalkan.

Lee Grant, Alex Telles, Nemanja Matic, Andreas Pereira dan Lingard antara yang dimasukkan dan tidak lama kemudian, kedudukan menjadi 2-0.

Shola Shoretire membawa bola sebelum mengumpan kepada Facundo Pellistri dengan pemain sayap itu mengelecek penjaga gol gantian Derby, David Marshall sebelum menjaringk­an gol.

Pellistri, 18, menghabisk­an separuh kedua musim dipinjamka­n di kelab Alaves di Sepanyol selepas menyertai United dari Penarol dengan yuran perpindaha­n 10 juta euro pada musim panas lepas.

Lingard, yang terlibat dengan gol Pellistri, hampir mencipta satu lagi gol untuk Hannibal Mejbri tetapi bola terkena palang sebelum Kazim-Richards menjaringk­an gol sagu hati Derby.

United akan menjalani kem latihan seminggu di Brittania Raya (UK) sebelum ke London untuk perlawanan persahabat­an kedua menentang Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia