Utusan Borneo (Sabah)

Anderson menewaskan Brooksby menjuarai Terbuka Half of Fame

-

NEW YORK: Kevin Anderso memenangi kejuaraan ATP yang ketujuh dalam kerjayanya pada Ahad apabila menewaskan pemain tuan rumah berusia 20 tahun, Jenson Brooksby 7-6(10/8) dan 6-4 untuk memenangi kejohanan Terbuka Hall of Fame.

Anderson, pemain dari Afrika Selatan berusia 35 tahun, memenangi kejuaraan pertama beliau di permukaan rumput di Newport, Rhode Island dan kejuaraan pertama di mana-mana permulaan sejak di Pune, India pad 2019.

Pemain yang berada pada ranking ke-113 dunia itu, yang menyertai kejohanan ini atas tiket wildcard selepas tewas kepada Novak Djokovic di pusingan kedua kejohanan Wimbledon, dijangka naik ke ranking ke-74 dunia dengan kemenangan di sini.

“Terima kasih kepada kejohanan kerana memberikan saya penyertaan wildcard. Ia benar-benar berhasil untuk saya,” kata Anderson. “Ia sememangny­a memberi motivasi kepada saya untuk terus berusaha.”

Anderson menjalani pembedahan lutut kanan pada Februari 2020 dan bergelut kembali beraksi hampir 18 bulan untuk memenangi lebih banyak kejuaraan.

“Ini adalah minggu yang hebat,” kata Anderson.

Brooksby, pemain ranking ke-152 dunia tetapi dijangka akan naik ke ranking tertinggi dalam kerjayanya di tangga ke126, melangkah ke final ATP yang pertama beliau dalam hanya tiga kejohanan peringkat jelajah ATP di mana beliau bermula di pusingan pertama.

Beliau adalah pemain kedua paling muda yang melangkah ke final dalam 45 tahun sejarah kejohanan, dengan pemain paling muda ke final ialah Greg Rusedski ketika usia 19 tahun pada 1993.

“Saya berharap untuk kembali ke sini lagi dan memberikan saingan lebih kuat,” kata Brooksby.

Brooksby memulakan permainan dengan memberangs­angkan dan membawa saingan sehingga ke tiebreak.

Beliau mendahului kedudukan 5-2 pada tiebreak tetapi gagal menyempurn­akan mata akhir sebelum Anderson bangkit bergaya untuk memenangi set pertama.

Dalam set kedua, Brooksby kelihatan terkesan dengan kegagalan menamatkan permainan pada set pertama apabila gagal memberikan saingan yang sama seperti pada set kedua, membolehka­n Anderson menang dalam masa dua jam dan 11 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia