Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Gauff diuji positif, tidak akan sertai Sukan Olimpik

-

WASHINGTON: Bintang tenis remaja Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff, tidak akan dapat beraksi di Sukan Olimpik selepas diuji positif untuk COVID-19, menurut beliau pada Ahad.

Gauff, yang berjaya melangkah ke pusingan keempat kejohanan Grand Slam Wimbledon baru-baru ini, membuat ciapan di akaun rasmi Twitter di mana beliau berasa sedih kerana terlepas “impian menjadi kenyataan” beraksi di Sukan Olimpik pada usia 17 tahun.

“Saya sangat kecewa untuk berkongsi berita bahawa saya diuji positif COVID-19 dan tidak akan dapat beraksi di Sukan Olimpik Tokyo,” ciap Gauff.

“Ia sentiasa impian saya untuk mewakili AS di Sukan Olimpik dan saya berharap akan ada lebih banyak peluang untuk saya memastikan impian ini menjadi kenyataan di masa hadapan.” Gauff, yang melangkah ke peringkat suku akhir pertama beliau pada kejohanan Grand Slam di Terbuka Perancis, menjadi atlet tenis terbaharu dan juga atlet AS yang tidak akan beraksi di Olimpik.

Pemain yang berada pada ranking ke- 25 dunia itu terpaksa menjalani tempoh kuarantin ketika ini.

“Saya mengharapk­an yang terbaik untuk pasukan AS yang dan sukan yang selamat untuk semua atlet Olimpik dan keseluruha­n keluarga Olimpik,” tambah beliau.

Gauff memenangi kejuaraan perseorang­an WTA kedua dalam kerjayanya di Parma pada bulan Mei, selepas memenangi kejuaraan sulung di Linz pada 2019.

Acara tenis di Sukan Olimpik sudah kehilangan nama- nama besar seperti Roger Federer, Rafael Nadal, Serena Williams, Victoria Azarenka, Angelique Kerber dan Bianca Andreescu yang sama ada tidak dapat bertanding kerana kecederaan atau isu berkaitan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, pemain nombor satu dalam bahagian lelaki dan wanita, Novak Djokovic dan Ashleigh Barty, dijangka akan beraksi.

 ??  ?? GAUFF
GAUFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia