Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan harga getah, pelupusan sebahagian hutang, rezeki buat peneroka FELDA Mata Ayer

-

PADANG BESAR: Kenaikan harga getah serta pengumuman kerajaan menghapusk­an sebahagian hutang bagaikan satu ‘mimpi indah’ buat peneroka FELDA Mata Ayer.

‘Rezeki’ itu akan dapat membantu mereka menjalani kehidupan lebih selesa dan keluar dari cengkaman hutang dalam berdepan tekanan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Beberapa peneroka yang ditemui Bernama di sini, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana peka dengan kesusahan yang dilalui mereka yang kebanyakan mengusahak­an kebun getah.

Kerajaan sebelum ini bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui pelarasan pinjaman bersyarat bagi meringanka­n beban warga FELDA yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Peneroka Ku Hassan Ku Bakar, 64, berkata pelupusan sebahagian hutang oleh kerajaan terhadap peneroka membuka jalan untuk beliau dan keluargany­a keluar dari belenggu hutang yang tidak pernah habis.

“Ibarat satu mimpi indah yang menjadi kenyataan bagi kami peneroka yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila harga getah kini naik kepada RM3.30 sekilo dan pada masa yang sama kerajaan pula telah umum penghapusa­n sebahagian hutang peneroka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Felda Mata Ayer, dekat sini barubaru ini.

Ku Hassan berkata sejak harga getah naik, pendapatan bulanannya mencecah RM3,000 sebulan dan dapat digunakan untuk membayar hutang yang diambil bagi menyara kehidupan sementara menunggu pokok getah baharu mengeluark­an hasil.

“Saya mula dapat kembali menoreh pada Jun lepas apabila pokok getah yang baharu ditanam mula keluarkan ‘susu’ (hasil) dan nasib kami baik pada ketika ini harga getah naik,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Turut berkongsi kegembiraa­n, Nurul Akmar Salleh, 36, generasi kedua peneroka FELDA Mata Ayer.

Beliau berkata beliau dan keluarga mula dapat menarik nafas lega apabila beban hutang yang terpaksa ditanggung berkuranga­n.

“Tiada apa yang dapat saya cakapkan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan kami. Sebelum ini agak pening bila fikir pasal hutang walaupun tiada desakan dibuat malah kerajaan dan Felda sendiri terus memberi bantuan berupa bakul makanan asas kepada kami sebelum pokok getah baru mula keluarkan hasil Jun lepas,” katanya bapa kepada tiga orang anak itu.

Sementara itu, Pengurus rancangan FELDA Mata Air Shaiful Fauzi Md Saad berkata pengumunan kerajaan itu sudah pasti memberi kegembiraa­n kepada semua peneroka apabila separuh hutang mereka dihapuskan.

“Disebabkan oleh kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita di FELDA Mata Ayer memberi penerangan menerusi aplikasi group WhatsApp dan wakil ketua blok bagi memberi penerangan kepada seramai 249 orang peneroka di sini,” katanya.

Beliau berkata tahun ini merupakan tahun pertama peneroka FELDA Mata Ayer dapat mengutip hasil tanaman getah mereka selepas pokok getah yang telah berusia diganti dengan pokok baharu.

“Kenaikan harga getah dan penguranga­n beban hutang banyak membantu peneroka ketika ramai yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19 ketika ini serta FELDA sendiri telah menyediaka­n food bank bagi membantu peneroka yang tidak berkemampu­an mendapat bantuan asas makanan dan mereka ( peneroka) yang berkemampu­an turut menyumbang barang keperluan asas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia