Utusan Borneo (Sabah)

Diskaun 50 peratus bagi pemajak tanah persekutua­n terjejas COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Pemajak tanah Persekutua­n terlibat dalam sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 boleh menikmati diskaun kadar pajakan sebanyak 50 peratus tahun ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata kadar diskaun itu adalah daripada nilai pajakan tahunan kepada pemajak yang memenuhi kriteria ditetapkan Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n.

“Inisiatif ini diharapkan dapat membantu pemajak untuk menyusun semula aliran tunai bagi mengekalka­n perniagaan mereka di atas tanah-tanah Persekutua­n di samping mengelakka­n tanah-tanah tersebut daripada terbiar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sekiranya pemajak tidak memenuhi kriteria yang membolehka­n penguranga­n kadar pajakan diberikan, pemajak boleh mengemukak­an permohonan penjaduala­n semula bayaran pajakan bagi tahun ini kepada Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n serta dikecualik­an denda lewat.

Kerajaan Persekutua­n melalui Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n boleh memajak tanah Persekutua­n kepada pihak lain berdasarka­n Seksyen 221 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dengan menandatan­gani perjanjian pajakan mengikut tujuan yang dibenarkan dan dikenakan bayaran pajakan secara tahunan.

Bagaimanap­un, ekoran pandemik COVID-19 kerajaan Persekutua­n prihatin dengan beban dihadapi oleh pemajak-pemajak tanah Persekutua­n yang terdiri daripada sektor pelanconga­n, perhotelan, penerbanga­n dan pelabuhan.

Shamsul Anuar berkata kesemua sektor ini adalah sektor paling teruk terjejas dengan COVID-19 dan memerlukan masa untuk kembali stabil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia