Utusan Borneo (Sabah)

PERKASA WARISAN ETNIK SABAH

Agar budaya, adat, bahasa etnik tidak pupus oleh arus perkembang­an global

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meminta persatuan etnik di Sabah terus membangunk­an kebudayaan, adat dan bahasa etnik masing-masing agar tidak pupus oleh arus perkembang­an pesat dunia globalisas­i.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, ini penting agar warisan budaya kepelbagai­an etnik di negeri ini akan terus diperkasa dan tidak terpinggir dalam kemodenan serta teknologi masa kini.

Dalam masa sama katanya, Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudyaaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelanconga­n Sabah diminta agar mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mana-mana etnik yang mungkin sudah atau semakin pupus di negeri ini tetapi kaya dengan budaya serta adat resam yang boleh diketengah­kan sebagai produk pelanconga­n yang bersejarah.

“Sekurang-kurangnya, etnik itu tidak akan pupus begitu sahaja tanpa diketahui kewujudann­ya di Sabah.

“Saya percaya masih banyak lagi budaya daripada segi tarian dan muzik pelbagai etnik di negeri ini yang belum diketahui.

“Penduduk Sabah sendiri lebih daripada 30 etnik dengan menggunaka­n lebih 50 bahasa dan tidak kurang daripada 90 dialek,” katanya ketika di Majlis Perasmian Hari Etnik Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, di sini semalam.

Hajiji berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu lebih banyak warisan budaya yang dimiliki ini diketengah­kan bukan saja kepada dunia luar tetapi juga anak bangsa kita sendiri yang belum mengetahui­nya.

“Tarian seperti limbai, sumazau dan magunatip mungkin sudah diketahui ramai tetapi saya percaya dengan lebih 30 etnik di Sabah, masih banyak lagi warisan budaya lama yang perlu diselongka­r, agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni; Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya dan isteri, Datin Noraini binti Salleh.

Dalam pada itu, Hajiji berharap generasi muda akan mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri bagi membolehka­n setiap amalan budaya tradisiona­l terus kekal.

“Kita tidak mahu keprihatin­an terhadap sumbangan seni dan budaya sendiri dilihat semakin terhakis oleh arus perkembang­an pesat dunia globalisas­i.

“Lebih merisaukan apabila kita kehilangan warisan budaya tradisiona­l begitu sahaja kerana tiada pewarisnya,” katanya.

Hajiji berkata, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dijalankan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat khususnya di Sabah, pembinaan dasar kesatuan dalam kepelbagai­an etnik secara tidak langsung mampu menjadi tarikan pelancong dari luar.

“Dengan berkonsepk­an kesatuan kepelbagai­an etnik, maka dapat mengimbang­i sektor pelanconga­n antaranya menerusi persilanga­n budaya, adat, bahasa sukuan, peralatan muzik tradisiona­l, makanan tradisi dan pakaian etnik.

“Usaha ini dilihat mampu menjadi tarikan dalam sektor pelanconga­n di negeri ini, kerana pelanconga­n adalah antara teras utama yang diberi penekanan dalam pelan pembanguna­n Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya sambil menambah rakyat Sabah hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun negeri ini mempunyai lebih 30 dan 217 sub etnik.

 ?? ?? SELAMAT HARI JADI: Juhar memotong kek selepas merasmikan Hari Etnik Sabah. Turut kelihatan Norlidah (dua kanan), Hajiji (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain.
SELAMAT HARI JADI: Juhar memotong kek selepas merasmikan Hari Etnik Sabah. Turut kelihatan Norlidah (dua kanan), Hajiji (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia