Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki meninggal dunia selepas kayuh basikal

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai keluar beriadah menggunaka­n basikal di kawasan pondok perhentian bas Jalan Utara Hill Top Tawau, di sini kelmarin.

Mayat lelaki berumur 58 tahun itu ditemui kira-kira jam 4.25 petang oleh orang awam sebelum memaklumka­n kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.30 petang.

“Sebaik laporan diterima, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan dan pemeriksaa­n ke atas mangsa yang tidak sedarkan diri itu.

“Bagaimanap­un, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan keluar beriadah menggunaka­n basikal kirakira jam 3.30 petang.

“Difahamkan lelaki itu kerap melakukan aktiviti mengayuh basikal bersendiri­an daripada rumahnya di kampung Tanjung Batu ke Taman Univilla untuk beriadah.

“Siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit jantung sebelum ini,” katanya.

Peter berkata, mayat mangsa kemudianny­a diserahkan kepada Jabatan Kementeria­n Kesihatan dan Forensik Hospital Tawau untuk mengesan punca kematian.

“Bedah siasat akan dijalankan setelah keputusan ujian saringan COVID-19 diperolehi bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan awal tiada unsur jenayah,” katanya.

 ?? ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia