Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran perlu dibuat sebaik projek diperaku siap

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Bayaran segera perlu dibuat kepada pemaju dan kontraktor sebaik projek pembinaan yang dilaksanak­an diperaku siap.

Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman menyaranka­n agar langkah itu penting dalam usaha membantu kontraktor dan pemaju yang terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

“Sebaik projek sudah diperaku siap, bayaran perlu dipercepat­kan. Ini membantu kontraktor dan pemaju terus kekal dalam perniagaan serta menangani isu kelewatan projek.

“Dalam jangka panjang, ianya akan membantu menjana semula pertumbuha­n ekonomi kita,” katanya semasa melawat tapak projek jalan pesisir pantai Labuan di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutua­n Labuan, Ir Suhaizad Sulaiman.

Projek jalan pesisir pantai Labuan yang bernilai RM132 juta membabitka­n sepanjang 5.1 kilometer dari Membedai ke Tanjung Aru.

Projek itu yang kini mencapai 98.7 peratus siap membabitka­n pembinaan jalan baharu satu lorong dua hala sepanjang empat kilometer dan 1.1 kilometer jalan sedia ada yang dinaik taraf.

Pembinaan projek bermula itu sejak Disember 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 akan menjadi laluan alternatif menghubung­kan antara kawasan utara Pulau Labuan ke bandar Labuan.

Sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna jalan raya khususnya pengguna dari Kampung Lubuk Temiang, Ganggarak, Tanjung Aru, Kerupang dan Nagalang menerima manfaat daripada pelaksanaa­n projek itu.

Mohamad Zulkefly dalam lawatan itu turut mengucapka­n tahniah kepada pasukan yang terlibat dalam pembinaan projek berkenaan.

 ?? ?? TINJAU: Mohamad Zulkefly (dua kiri) ketika meninjau projek jalan pesisir pantai Labuan, di sini.
TINJAU: Mohamad Zulkefly (dua kiri) ketika meninjau projek jalan pesisir pantai Labuan, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia