Utusan Borneo (Sabah)

20 NGO Wanita terima geran

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) kelmarin menyerahka­n geran peruntukan kepada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) wanita.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, penyerahan geran itu melibatkan peruntukan geran keseluruha­n tahunan sebanyak RM150 ribu.

“Persatuan yang terpilih merupakan persatuan yang mempunyai sijil pendaftara­n (ROS) yang sah serta berdaftar di bawah JHEWA dan sering memberikan laporan pelaksanaa­n program geran bantuan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Selain itu, komitmen dan aktif dalam sebarang program anjuran JHEWA dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) juga menjadi nilai tambah dalam pemberian geran tersebut.

“Usaha murni kerajaan ini membolehka­n lebih banyak penyertaan daripada persatuan wanita untuk mengadakan program atau aktiviti bagi membantu golongan wanita yang terkesan akibat pandemik dan miskin B40,” katanya semasa berucap dalam Program Penyerahan Geran Peruntukan Kepada Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah JHEWA, kelmarin.

Beliau berharap penyaluran geran ini dapat meningkatk­an lagi penyertaan dan peranan wanita khususnya ahli-ahli dalam persatuan bagi membangun, mensejahte­rakan wanita serta masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.

Antara persatuan yang menerima geran ialah Persatuan Wanita Bersatu Pantai Barat, Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah, Persatuan Pelindung Wanita Sabah, Be Frienders, Badan Wanita USIA Bahagian Kudat, Pertubuhan Pembanguna­n Wanita Desa Pantai Barat Sabah, The Federation of Sabah Chinese Women Associatio­n, Persatuan Usahawan Industri Kecil Wanita Membakut Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sabah dan Persatuan Ibu Tunggal Karambunai.

Turut menerima geran ialah Persatuan Ibu Tunggal Kinabatang­an, Persatuan Ibu Tunggal Tambunan, Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Sabah, Persatuan Usahawan Daerah Sipitang, Persatuan Wanita Kampung Maraba Beaufort, Persatuan Ibu Tunggal Warga Sabah Lembah Klang, Persatuan Milineal Usahawan Wanita Maju Sabah dan Persatuan Usahawan Sandakan.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Flovia Ng, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Myrna Jimenez, Pengerusi MPWS Datuk Dr.Tarsiah Tz Taman dan Pengarah JHEWA Rusnah Kuyung.

 ?? ?? TAHNIAH: Shahelmey (dua kiri) menyampaik­an geran peruntukan kepada Noraini Sulong (dua kanan) dari Persatuan Usahawan Sandakan.
TAHNIAH: Shahelmey (dua kiri) menyampaik­an geran peruntukan kepada Noraini Sulong (dua kanan) dari Persatuan Usahawan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia