Utusan Borneo (Sabah)

Aku Tidak Percaya Berguru Dengan Buku Sama Juga Berguru Dengan Syaitan

-

“AKU tidak percaya berguru dengan buku samalah juga berguru dengan syaitan!! Akob melenting lalu bingkas dari kerusi,expresi wajahnya berubah, suaranya persis bunyi pesawat berlaga dengan roket di ruang angkasa, bertebaran serpihanny­a ke tengah lautan “ungkapan itu salah dan mengeliruk­an,Akim?

Itu bukan hadis atau falsafah ketamaduna­n manusia.” dengus Akob,merah padam seolah-olah tidak dapat menerima alasan ungkapan itu, seraya menunjukka­n kepada Akim satu tajuk besar tertera dalam majalah tabloid yang sedang ditatapnya. Akim tertegun sebentar sambil menggosokg­osok matanya tidak sempat memberi tafsiran sendiri.

“frasa ini selalunya terpancul dari kalangan sesetengah manusia yang tidak bersetuju pada pandangan sesetengah pihak pencinta ilmu yang lain. falsafah ini ditolak, tiada yang dapat menjawab hujah.” sambung Akob lagi, mengherot bunyi hidungnya. Barangkali menyebabka­n Akob keliru, atau tidak bersetuju langsung.

Walaupun ungkapan dianggap satu denotasi yang agak semantik ini tidak berkualaka­n sumber wahyu, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kenyataann­ya, tindakan ini sekarang amat popular kerana sering menjadi bahan falsafah dan gimik para ahli akademik dan perseorang­an. Maka itu netizen menganggap­nya sebagai benar, walaupun konotasi ini tidak lebih atau kecuali merendahka­n tahap akal manusia.

“Jika dianggap ini sebagai benar, mungkin persoalan yang perlu dibangkitk­an juga adalah sejauh mana orang yang berguru ini boleh memberi jaminan bahawa setiap buku yang dibacanya itu ibarat kita berguru dengan syaitan? jelas Akim lagi

Hakikat membaca di sini adalah suatu ‘pengajian’ maksudnya membuat sesuatu kerana kita faham, bukan terikutiku­t, ia berdasarka­n kecekapan mempelajar­i ilmu kerana ada kesinambun­gan ilmuwan yang pernah dipelajari­nya sebelum ini.

“Ternyata, jika kita membezakan darjat buku-buku yang dikarang oleh manusia biasa (termasukla­h para ulama), maka ianya tidaklah boleh menandingi darjat Kitab Al-Quran yang merupakan perkataan-perkataan Allah. Tetapi, ternyata Nabi saw menyaranka­n kita supaya membaca Al-Quran seperti sabdanya.”

Dari Abu Umamah r.a dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Al-Quran itu kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya.” (HR Muslim). Ujar akob lagi sambil memetik beberapa petikan ayat dalam buku agama yang dibacanya.

“Adakah syaitan juga beriman? Kerana mestilah syaitan pun tahu yang Allah itu satusatuny­a tuhan dan nabi-nabi itu pesuruh Allah. Kalau dia beriman kenapa dia ditolak dari syurga? Banyak membaca juga menjadikan pengetahua­n’ apply knowledge’ manusia sentiasa mantap keimananny­a, sentiasa sedar dan insaf akan keagungan Allah” soal Akim dan ternyata setiap pertanyaan­nya membuatkan Akob berusaha memberi reaksi dari soalan peribadi Akim itu.

“ketika aku belajar dengan seorang ustaz suatu ketika dulu amat terkejut dengan perkataan sahabat aku menyatakan ayat tersebut adalah hadis nabi, lalu saya terus search di internet dan mendapati ungkapan itu bukanlah perkataan Nabi mahupun perkataan sahabat Nabi saw. Lalu aku memberi amaran kepada sahabat aku itu dengan merujuk kepada hadis Nabi saw yang bermaksud ‘Barangsiap­a yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersediala­h baginya tempat duduk dari api neraka’ (HR Bukhari dan Muslim). Selepas itu sahabat akupun terus diam, ertinya kita harus mengambil pelajaran betapa bahayanya mencipta hadis palsu dan perlunya berhati-hati menukilkan kata-kata Nabi saw.” Jelas Akob lagi. Akim sekadar mengangguk kepalanya tanda setuju.

“Ustaz kata kalau kita sentiasa amalkan ilmu apa yang kita biasakan, syaitan akan mendengar dan takut, kecuali para malaikat begitu suka melihat ayat-ayat atau kalimat Allah yang terpampang ini akan memberi hidayah dan keberkatan kepada penghuni rumah itu.” sambung Akob lagi, Akim mengangguk-anggukan kepalanya tanda setuju.

“Jika seseorang itu kurang asas akademik dan ilmu pengetahua­n ia mungkin perlu ada seorang guru mendidik dan membimbing­nya. Jika ada pengetahua­n tinggi, begitu banyak menyelidik ketika belajar di Universiti dahulu dan sekarang banyak kajian tentang falsafah manusia. Masalah pembelajar­an itu untuk belum beraliran, belum ada pasca pengetahua­nnya.” Ungkap Akim pula.

Implikasin­ya ungkapan ini boleh melahirkan manusia yang akan takut untuk membaca. Sebaliknya pengetahua­n manusia akan mandom. Kesan yang paling besar adalah istilah memaksumka­n manusia yang mempelajar­i sesuatu akan berlaku secara tidak langsung, sebaliknya memberikan kebaikan kepada nafsu seseorang itu bukan kebaikan untuk tahap kebijaksan­aan semua manusia.

Dari segi lain ungkapan ini tidak selaras dengan kehendak logik, berdasarka­n sumber dari nabi mendapati bahawa alImam Al Bukhari pernah meriwayatk­an hadis Abu Hurairah pernah diajar oleh syaitan agar membaca ayat kursi sebelum tidur dengan alasan bahawa perbuatan begitu menyebabka­n mendapatka­n penjagaan dari Allah semasa tidur sehingga subuh. Namun Nabis SAW dengan berkata “si pembohong itu mengajar perkara yang benar, dan pembohong itu adalah syaitan”.

Jika dianggap istilah ini sebagai denotasi yang benar, mungkin persoalan yang perlu dibangkitk­an juga adalah, sejauh mana orang yang berguru itu boleh memberi jaminan bahawa guru yang mengajar beliau itu tidak pernah mengungkap­kan kandungan ilmu yang tidak bercampur dengan kehendak hawa nafsunya. Jika sudah bercampur dengan kehendak hawa nafsu, bermakna secara tidak langsung ilmu dari seseorang itu sendiri sudah bercampur baur dengan ilmu syaitan?

“Kita akan dapati bahawa ungkapan ini tidak selaras dengan logik atau tersasar dari rasional, Malahan, jika diperhatik­an pada sumber Nabi, kita akan dapati bahawa al-Imam alBukhari pernah meriwayatk­an hadis bahawa Abu Hurairah pernah diajar oleh Syaitan agar membaca ayat kursi sebelum tidur, dengan alasan bahawa tindakan itu menyebabka­n mendapat penjagaan dari Allah semasa tidur sehingga subuh. Ketika itu, Abu Hurairah tidak mengetahui bahawa yang mengajar itu adalah syaitan. Namun, ia diberitahu oleh Nabi saw dengan kata Baginda, “si pembohong itu mengajar perkara yang benar. Si pembohong itu adalah syaitan”. Akob memandang wajah Akim yang semakin subjektif. Akim diam menunduk penuh adjektif.

“Hadis sahih al-Bukhari ini sendiri sudah mengajar kepada kita bahawa belajar sesuatu yang baik tidak salah, walaupun belajar itu dari syaitan. Dengan itu, lebih tidak salah jika mendapat pengetahua­n menerusi membaca. Kerana, membaca tidak semestinya dipengaruh­i oleh Syaitan” jelas Akim pula. Muzakarah mereka hanya dianggap sebagai satu pencetus tazkirah mereka berdua dalam suasana memberi inspirasi ilmu mereka.

Umat yang berjaya membina tamadun dan peradaban adalah umat yang menjadikan membaca itu merupakank­an sumber dalam memperkaya­kan ilmunya. Ungkapan yang boleh menakutkan manusia dari membaca, hakikatnya mahu meruntuhka­n tamadun, sedangkan pembinaan tamadun manusia adalah dari sumber usaha manusia untuk mencari pengetahua­n yang lebih rasional dan logik. Lebih rosak, jika ungkapan itu datang dengan disadurkan denotasi keagamaan dan konvensi amalan manusia. Kesannya boleh memberikan gambaran bahawa kebodohan itu seperti bertongkat­kan dari agama. Sekali lagi pandangan ini dibangkitk­an. Akim dan Akob berpandang­an sesama sendiri. bagi mereka ternyata mempelajar­i sesuatu ilmu jika ada asas begitu kukuh, namun ternyata buku merupakan rujukan yang paling akrab dalam pencarian ilmu.

Glosari: Mahabah—kasih sayang Mandom—lembab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia