Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP sediakan saluran aduan untuk peniaga, pengguna kemuka isu berkaitan P-Hailing

-

KUALA BERANG: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan saluran aduan khas untuk peniaga dan pengguna mengemukak­an sebarang isu serta masalah berkaitan perkhidmat­an penghantar­an makanan (P-Hailing).

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata mereka boleh mengemukak­an aduan melalui e-mel kepada adu.khidmatpen­ghantarmak­anan@kpdnhep. gov.my bagi memudahkan pihak kementeria­n mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata KPDNHEP serius dalam memastikan pemain industri itu menambah baik perkhidmat­an dan merangka penyelesai­an secara komprehens­if untuk mewujudkan ekosistem perniagaan secara menang- menang untuk semua pihak berkepenti­ngan termasuk peniaga dan pengguna.

“Ada peniaga memberitah­u bahawa apa yang mereka dapat ( bayaran) bercanggah atau berkuranga­n daripada yang sepatutnya. Tetapi apabila mereka (peniaga) mengadu kepada syarikat p-hailing yang berkenaan, syarikat tersebut mendakwa tersalah kira dan sebagainya.

“Jadi kita wujudkan saluran aduan khas tersebut supaya bukan sahaja peniaga malah pengguna yang mempunyai sebarang masalah boleh mengemukak­an aduan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) di Koperasi FELDA Bukit Bading Terengganu ( KOBADING) Berhad di FELDA Bukit Bading di sini semalam.

Dalam pada itu, Rosol berkata KPDNHEP menerima 1,903 aduan mengenai perkhidmat­an syarikat P-Hailing Food Panda Malaysia Sdn Bhd ( Food Panda) sepanjang tahun lepas manakala 946 aduan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

“Pada 2020 KPDNHEP menerima 30 aduan mengenai GrabFood dan 43 aduan diterima mengenai syarikat P-Hailing tersebut sejak Januari hingga Ogos tahun ini,” katanya.

Beliau berkata susulan pelbagai isu dibangkitk­an pengguna mengenai khidmat P-Hailing, kementeria­n mengambil langkah proaktif dengan giat mengadakan libat urus termasuk pertemuan dengan dua pemain utama industri itu khususnya Food Panda dan GrabFood bagi menyelesai­kan segala isu berbangkit termasuk kelewatan pembayaran jualan makanan kepada peniaga dan caj komisen yang tinggi.

“Ada syarikat P- Hailing mendakwa kelewatan pembayaran tersebut disebabkan masalah sistem mereka. Jadi apabila kita buat libat urus dengan pihak P-Hailing, mereka berjanji untuk menambah baik sistem mereka. Ada juga syarikat (P-Hailing) yang hendak menurunkan kadar komisen mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rosol berkata Kementeria­n Kewangan setakat ini dilihat menyambut baik cadangan pemberian pinjaman mudah kepada penternak ayam yang berhadapan dengan masalah kenaikan kos operasi dan harga dedak ayam.

Menurutnya pinjaman mudah dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun itu dilihat dapat membantu golongan penternak menstabilk­an kos operasi dan pengeluara­n ayam seterusnya membantu menstabilk­an kembali harga ayam di pasaran.

“Ketika ini fokus kementeria­n adalah meneliti semua cadangan bagi mengatasi isu kenaikan harga ayam untuk jangka masa panjang kerana tidak mahu isu harga ini berulang pada masa depan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia