Utusan Borneo (Sabah)

St Etienne raih satu mata berharga

-

SAINT-ÉTIENNE: SaintEtien­ne kekal belum menang dalam Ligue 1 namun berjaya meraih satu mata menentang pasukan pelawat Angers dalam perlawanan yang tertangguh sejam akibat protes oleh penyokong tuan rumah yang marah.

Selepas Angers meraih dua gol pendahulua­n, SaintEtien­ne bangkit menerusi gol penyamaan lewat Mickael Nade.

Dia menjadikan skor akhir 2-2 lima minit dalam masa tambahan, atau 65 minit daripada wisel penamat sebenar.

Perlawanan tersebut telah tertangguh ekoran penjarahan padang ketika pemainpema­in masih memanaskan badan.

Ini merupakan insiden terkini dalam beberapa siri yang melibatkan penyokong dalam perlawanan Ligue 1 musim ini.

Penyokong pasukan tuan rumah membuka kain rentang, melancarka­n roket dan bom asap serta berlari ke dalam padang, merosakkan gol.

Kain rentang mencemuh jurulatih Claude Puel, presiden kelab, serta pemainpema­in.

“Kami sudah puas bercakap, kamu membuat kami meledak” tulis satu kain rentang yang diselubung­i asap.

“Puel letak jawatan”, “pengurusan letak jawatan” dan “kami mahu pasukan yang selayaknya untuk penyokongn­ya” laung penyokong.

Pemain meninggalk­an padang dan perlawanan dimulakan semula selepas pekerja bandaraya mengatur jaring di stadium Geoffroy-Guichard.

Pada Khamis, penykong menggantun­g kain rentang di pagar pusat latihan yang bertulis: “Puel, kamu ada 24 jam untuk meletak jawatan”.

Insiden terbaru ini tercetus hanya dua hari selepas jawatankua­sa disiplin liga mengenakan penggantun­gan penutupan dua perlawanan ke atas tempat duduk selatan stadium selepas insiden ketika menentang Lyon pada 3 Oktober. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia