Utusan Borneo (Sabah)

KOMITED HAPUS JURANG PEMBANGUNA­N

Kerajaan Pusat sedang berusaha perhebat pembanguna­n antara Semenanjun­g Malaysia dan Sabah, kata Ismail Sabri

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n sedang berusaha untuk menghapusk­an jurang pembanguna­n antara Semenanjun­g Malaysia dan Sabah termasuk menerusi pembinaan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kewujudan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang dibina di Sabah bakal mampu mengubah keseluruha­n kawasan di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pada masa sama, kerajaan juga terus komited untuk melabur dalam bidang pendidikan dengan cara membaiki dan membina semula sekolah daif di kawasan pendalaman Sabah.

“Saya difahamkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia telah mengamanah­kan 113 sekolah daif di Sabah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah sebagai agensi pelaksana untuk menaik taraf sekolah-sekolah itu dengan kos RM1.02 bilion.

“Sememangny­a menjadi harapan Kerajaan Persekutua­n untuk menyaksika­n Sabah dan Sarawak turut bersama-sama menikmati pembanguna­n yang pesat seperti mana juga negerinege­ri lain,” katanya ketika berucap melancarka­n siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, menteri-menteri Kabinet negeri dan pegawai kanan kementeria­n.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus komited untuk merealisas­ikan sasaran sifar miskin tegar di 10 lokaliti di Sabah menjelang akhir 2025 seperti ditetapkan di bawah

Rancangan Malaysia Ke12 menerusi penglibata­n holistik semua jabatan serta agensi berkaitan.

Beliau berkata 10 lokaliti yang telah dikenal pasti bagi fasa satu Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Sabah itu melibatkan Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau.

Menurutnya, program pembasmian kemiskinan sebelum ini dilaksanak­an secara ‘silo’ di hampir semua agensi terlibat, namun, kini peranan semua entiti digabungka­n, dengan Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) sebagai penyelaras dan pemudah cara program tersebut.

“Kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi mendapatka­n input semua pihak termasuk peringkat akar umbi bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai.

“EPU dan ICU akan menjadi penyelaras menggabung­kan semua pihak yang terlibat seperti kementeria­n, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil untuk mencari kaedah terbaik bagi menghapusk­an miskin tegar secara holistik berasaskan lokaliti,” katanya.

Ismail Sabri berkata Kerajaan Persekutua­n sentiasa berperanan sebagai anggota keluarga amat positif dalam memenuhi segala perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutama apa yang sepatutnya diperoleh oleh Keluarga Malaysia di Sabah.

Dengan semangat Keluarga Malaysia, beliau berkata kerajaan berharap sebarang isu mahupun permintaan Sabah yang tertunggak dapat dipertimba­ngkan dengan sebaiknya menerusi Jawatankua­sa Peringkat Persekutua­n bagi membincang­kan tuntutan negeri itu menerusi MA63.

Menyedari pentingnya kerjasama antara negara jiran dalam mengawal sempadan negara yang kini terus diperketat kawalannya, Perdana Menteri berkata Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina akan disemak semula bagi mengukuhka­n hal ehwal pertahanan dan keselamata­n perairan Sabah.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumka­n penduduk sekitar Pagalungan, Nabawan yang memerlukan Pas Menyeberan­gi Sempadan atau Pas Lintas Batas tidak perlu lagi pergi sejauh lebih 100 kilometer ke Keningau untuk mendapatka­n pas berkenaan kerana kini ia boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen di daerah tersebut.

Bagi memastikan “no wrong door policy” pula, urusan pembaharua­n Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara juga kini boleh dilakukan di semua pejabat Imigresen di Sabah, katanya.

Mengulas isu kenaikan harga tiket penerbanga­n tidak munasabah ketika musim perayaan, Perdana Menteri berkata perbincang­an akan diadakan dengan pihak terlibat agar Keluarga Malaysia tidak lagi bimbang ketika hendak pulang ke kampung halaman pada musim perayaan akan datang. — Bernama

 ?? ?? PRIHATIN: Ismail Sabri menyampaik­an bantuan Yayasan Keluarga Malaysia kepada salah seorang penerima.
PRIHATIN: Ismail Sabri menyampaik­an bantuan Yayasan Keluarga Malaysia kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia