Utusan Borneo (Sabah)

PPM Labuan gagalkan cubaan seludup minuman keras

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup keluar sejumlah minuman keras dari pulau bebas cukai itu di kawasan laut Menumbuk di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Persekutua­n Labuan Asisten Superinten­dan Saidul Maruf Rosli berkata, operasi pada jam 4.10 pagi itu membabitka­n rampasan minuman keras yang dianggarka­n bernilai RM144,709.50 termasuk cukai.

“Siasatan awal berlaku apabila pasukan peronda mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigak­an dipercayai membawa minuman keras dari Labuan di kawasan laut Menumbuk.

“Pasukan peronda PPM kemudianny­a menahan bot berkenaan di tepi bakau Menumbuk bagaimanap­un sebaik dihampiri, dua suspek yang berada di atas bot bertindak terjun melarikan diri ke kawasan paya bakau dan gagal dikesan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot terbabit membawa sejumlah muatan minuman keras yang dipercayai belum bercukai dan ingin diseludup dari Labuan ke tanah besar Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, rampasan keseluruha­n minuman keras dan sebuah bot fiber berserta enjin bot itu berjumlah RM144,709.50 termasuk cukai.

“Kes disiasat mengikut

Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Wilayah Persekutua­n Labuan.

“PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunaka­n aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Sejumlah minuman keras tanpa cukai bernilai RM144,709.50 yang dirampas semasa cubaan seludup keluar dari Labuan.
RAMPAS: Sejumlah minuman keras tanpa cukai bernilai RM144,709.50 yang dirampas semasa cubaan seludup keluar dari Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia