Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Sabah juara pertanding­an Sustainabl­e Investment Challenge 2022

-

KOTA KINABALU: Pelajar Malaysia dari Sabah yang sedang melanjutka­n pengajian dalam jurusan Undang-Undang di University of the West of England (Bristol) telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dalam pertanding­an peringkat antarabang­sa ‘Sustainabl­e Investment Challenge 2022’.

Lebih membanggak­an, Nigel Cledwyn Motinius telah berjaya mengatasi 13,750 peserta lain dari 95 negara di seluruh dunia.

Sustainabl­e Investment Challenge 2022 merupakan pertanding­an anjuran Banka Generali (Private Bank Company) yang berpangkal­an di Milan, Italy dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti MIP Politecnic­o di Milano (University of Milan, Italy), MainStreet Partners Italy (Finance Agency) dan CFA Society Italy (NGO).

Pertanding­an ini telah diadakan secara atas talian bermula pada 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 dan terbuka kepada orang awam termasuk pelajar universiti.

Sepanjang tempoh pertanding­an, para peserta telah diberi tugasan untuk mengurus urusniaga pelaburan sejumlah wang ke pelbagai syarikat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan pemenang telah dilakukan berdasarka­n kepada lima kriteria iaitu kualiti laporan akhir, perolehan nilai balas yang dilaburkan seperti di bawah. Penilaian juga merangkumi kesedaran komersil para peserta, kebolehan mejalankan dagangan di pasaran dan melaksanak­an penyelidik­an terperinci mengenai status atau tahap ESG sesebuah syarikat.

ESG adalah merujuk kepada ‘Environmen­tal, Social and Governance’, norma baharu dalam industri dan ianya merupakan kriteria yang diguna pakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaa­n sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka. Semasa pertanding­an, para peserta perlu mengekalka­n pelaburan yang menguntung­kan di syarikat yang mempunyai tahap ESG yang baik.

Diperingka­t akhir pertanding­an, para peserta yang berada di kedudukan teratas dikehendak­i untuk menyediaka­n laporan akhir yang memberikan penjelasan mengenai strategi pelaburan mereka.

Semasa mengumumka­n pemenang melalui video di laman web penganjur barubaru ini, Paolo Fabris selaku wakil dari pihak penganjur memberi pujian ke atas kualiti laporan akhir yang disediakan oleh Nigel.

“Laporan akhir yang disediakan oleh Nigel merupakan antara laporan akhir yang terbaik dalam semua pertanding­an yang diadakan selama ini.

“Beliau telah berjaya menerangka­n strategi yang digunakan sepanjang pertanding­an dengan cemerlang dan juga mengikuti strategi yang beliau rancang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai fokus dan tindakan Malaysia dalam menginterg­rasikan ESG dalam ekonomi negara, Nigel berkata, terdapat banyak cabaran dalam melaksanak­an ESG memandangk­an ianya merupakan satu norma baharu dan masih banyak perkara yang kurang jelas, termasuk variasi dalam pemarkahan dan penilaian.

“Sebagai contoh, firma guaman tidak akan mempunyai ‘score weightage’ yang sama berbanding dengan syarikat berkaitan perusahaan kertas. Isu ini perlu diselarask­an oleh kerajaan dengan mematuhi piawaian antarabang­sa.

“Pada kebiasaann­ya, piawaian antarabang­sa ini dikawal oleh kuasa-kuasa besar seperti US, EU dan firmafirma pelaburan gergasi. Ini memberi cabaran kepada sesebuah negara untuk terus bersaing,” jelas beliau.

Nigel juga berpendapa­t bahawa, ESG di Malaysia akan berkembang dengan cepat melalui program dan tindakan yang diambil oleh Kementeria­n bertanggun­gjawab iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri termasuk program lawatan kerja ke Amerika Syarikat yang dijadualka­n pada bulan Mei 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia