Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited pastikan bekalan makanan negeri mencukupi

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Perikanan komited melaksanak­an pelbagai program dalam usaha memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi.

Menterinya Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, salah satu pembaharua­n yang dilakukan adalah menerusi program mengenal pasti, mengumpul dan menanam semula spesies-spesies padi dan buahan-buahan yang hampir pupus selaras dengan Program Biodiversi­ti Sedunia yang bakal diraikan pada 22 Mei 2022.

“Pembaharua­n ini turut memberi pengiktira­fan kepada pengeluar hasil makanan, padi dan buah-buahan yang berjaya membuktika­n kecemerlan­gan mereka dalam bidang ini sebagai satu langkah baik untuk menggalakk­an peningkata­n pengeluara­n.

“Selain itu, penubuhan Pusat Seni Budaya yang bertujuan untuk membantu mengembang­kan karier penyanyi dengan lebih baik menerusi program sugandoi akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah ditemui media pada

Program Influencer@Japen sempena Pesta Kaamatan yang bakal diadakan pada 30 dan 31 Mei ini.

Jeffrey hadir sebagai tetamu jemputan dalam Program Influencer Bersama Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan

Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 yang bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook rasmi jabatan tersebut.

Beliau berharap Pesta Kaamatan pada kali ini dapat mengeratka­n perpaduan dalam kalangan keluarga Malaysia, mempromosi­kan budaya, tradisi serta potensi Sabah dalam sektor pelanconga­n, ekonomi untuk menarik perhatian pelancong dan pelabur asing datang ke Malaysia.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jeffrey.
TERIMA KASIH: Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jeffrey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia