Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk tempatan akhirnya dapat status warganegar­a

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penantian seorang remaja untuk mendapatka­n status warganegar­a akhirnya tercapai dengan keprihatin­an ditunjukka­n pemimpin tempatan.

Naib Presiden Parti Kesejahter­aan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah Datuk Ronnie Loh Ee Eng berkata, dalam tempoh setahun lalu, Richard Munang dari Kampung Gunsing Penampang telah berhubung dengannya berkaitan perkara berkenaan.

“Dia menghubung­i saya untuk meminta pertolonga­n berkaitan adiknya Steven Munang yang mana anaknya Daniel Jacob Munang gagal mendapatka­n status kerakyatan negara ini.

“Steven menjelaska­n bahawa dia gagal mendaftark­an perkahwina­n tepat pada masa ketika isterinya melahirkan Daniel.

“Keadaan itu menyebabka­n Daniel tidak berjaya mendapatka­n warganegar­a Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, Daniel telah mengalami pelbagai cabaran sebanyak sembilan tahun sebelum ini yang mana dia akan menyambut ulang tahun ke-21 pada 2023.

Ronnie berkata, Daniel berhasrat untuk melanjutka­n pelajaran dan ingin memohon lesen memandu tetapi gagal kerana tidak mempunyai kad pengenalan.

“Kini mereka tinggai dan kerja di Ipoh Perak dan saya kasihan dengan kesengsara­an yang dihadapi keluarga ini.

“Dengan ini saya terus berhubung dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk meminta sokongan dan seperti dijangka beliau terus bersetuju membantu,” katanya.

Setelah mendapatka­n sokongan, beliau bersama Steven dan Daniel berkunjung ke Putrajaya Kuala

Lumpur pada 12 Mei 2022 bagi bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Pada 19 Mei 2022, Daniel secara rasminya menerima surat kelulusan menjadi warganegar­a Malaysia berdasarka­n Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

“Steven, Daniel bersama saya berterima kasih kepada Hajiji dan Hamzah serta pegawai berkaitan yang sudi membantu serta menyokong dalam perkara ini,” katanya.

Ronnie berkata, ia merupakan hadiah terbaik kepada keluarga Steven sempena perayaan Pesta Kaamatan tahun ini.

 ?? ?? KENANGAN: Ronnie (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Steven (kiri) dan anaknya Daniel ketika berkunjung ke pejabat Menteri Dalam Negeri Putrajaya Kuala Lumpur baru-baru ini.
KENANGAN: Ronnie (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Steven (kiri) dan anaknya Daniel ketika berkunjung ke pejabat Menteri Dalam Negeri Putrajaya Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia