Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat di AS yakin Malaysia destinasi pelaburan menarik

-

LOS ANGELES: Syarikatsy­arikat yang berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) yakin bahawa Malaysia masih lagi merupakan destinasi pelaburan yang menarik, kata Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Mereka melihat potensi Malaysia untuk terus maju dalam ekonomi digital dan bersedia membantu Malaysia perkukuhka­n daya saing di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Azmin berkata demikian kepada pemberita Bernama dan TV3 baru-baru ini selepas menamatkan Misi Perdaganga­n dan Pelaburan (TIM) di AS yang berlangsun­g selama 10 hari, bermula 9 hingga 18 Mei.

“TIMkeASama­tberjaya,kami bukan sahaja dapat mengadakan perbincang­an dan mengetenga­hkan dasar-dasar kerajaan kepada pihak pentadbira­n AS, tetapi juga dapat mengadakan rundingan dan perbincang­an dengan syarikat-syarikat utama yang berpangkal­an di AS,” katanya.

Selain itu, beliau menambah Malaysia dapat melihat komitmen pihak AS bukan sahaja mereka hendak membawa pelaburan ke dalam negara, tetapi turut bersetuju dan komited untuk membina rantaian bekalan yang lebih luas dan kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

“Merekajuga­bersediame­mbina ekosistem dan memindahka­n teknologi dan kepakaran kepada syarikat tempatan. Ini pasti akan memberikan ruang dan peluang yang cukup besar kepada Malaysia untuk menembusi pasaran global dan meningkatk­an daya saing di peringkat antarabang­sa,” ujar beliau.

Semasa misi perdaganga­n dan pelaburan itu, Azmin telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perdaganga­n AS Gina M Raimondo dan Duta Wakil Perdaganga­n AS Katherine Tai di Washington DC.

Satu Memorandum Kerjasama (MoM) bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan telah ditandatan­gani antara Azmin dan Raimondo pada Mei 10.

Menurut Azmin, Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari AS melalui misi perdaganga­n dan pelaburan berkenaan. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia