Utusan Borneo (Sabah)

KPKK akan tetap terus bincang dengan MOF bagi kurangkan cukai eksport minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPKK) akan tetap meneruskan perbincang­an dengan Kementeria­n Kewangan (MOF) untuk kemungkina­n mengurangk­an cukai eksport minyak sawit Malaysia kepada di antara 4.0 dengan 6.0 peratus daripada 8.0 peratus.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata ini memandangk­an situasi penarikan semula larangan eksport minyak sawit oleh Indonesia masih terlalu awal untuk dilihat kesan penawaran dan permintaan ke atas industri minyak sawit Malaysia.

Beliau berkata perbincang­an itu juga akan melibatkan cadangan melambatka­n pelaksanaa­n mandat biodiesel Malaysia untuk membantu memenuhi permintaan global di tengahteng­ah kekurangan minyak makan.

“Cadangan pemotongan sementara (cukai eksport minyak sawit) ini masih dalam peringkat awal perbincang­an dan keputusann­ya tertakluk kepada MOF. Namun

begitu, KPKK menggesa pemain industri untuk menumpukan perhatian kepada pemboleh ubah pasaran yang mampu mencetuska­n ketidakten­tuan harga,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata antara pemboleh ubah itu adalah dasar eksport Indonesia, pemulihan pengeluara­n minyak sawit di Malaysia, pelarasan dasar biodiesel di pelbagai negara, perkembang­an konflik Rusia-Ukraine serta cuaca di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.

Selain itu, KPKK akan terus memantau situasi terkini melibatkan perubahan dasar Indonesia dan seterusnya memastikan industri sawit yang merupakan komoditi utama Malaysia terus menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi, sekali gus memberi manfaat kepada semua terutama pekebun kecil dan peserta industri, katanya.

Zuraida berkata walaupun inventori minyak sawit meningkat buat kali pertama sejak Oktober 2021 sebanyak 11.5 peratus bulan ke bulan kepada 1.64 juta tan pada April 2022, didorong oleh pengeluara­n lebih tinggi (+3.6 peratus kepada 1.46 juta tan) serta eksport yang lebih lemah (-17.7 peratus kepada 1.06 juta tan), ia tidak sepatutnya membimbang­kan.

Ini kerana stok bekalan minyak sawit berkemungk­inan merosot pada Mei 2022 susulan pengeluara­n minyak sawit mentah (MSM) yang lebih rendah berpunca dari bulan Ramadan di samping eksport lebih kukuh (didorong langkah kerajaan Indonesia meluaskan larangan eksport ke atas bahan mentah untuk minyak masak baru-baru ini), katanya.

Kelmarin, Indonesia mengumumka­n penarikan balik larangan eksport minyak sawit mulai 23 Mei (Isnin) memandangk­an situasi bekalan minyak masak domestikny­a telah bertambah baik selain Jakarta mempertimb­angkan kebajikan 17 juta pekerja dalam industri minyak sawitnya.

Zuraida berkata setakat ini, harga MSM adalah pada purata RM6,300 satu tan, satu kadar yang jauh lebih tinggi daripada purata RM4,300 satu tan seperti yang diunjurkan oleh penganalis­is pasaran bagi 2022.

“Harga MSM berkemungk­inan turun disebabkan aliran naik yang belum selesai dalam pengeluara­n tandan buah segar (FFB),” katanya.

Beliau berkata bagaimanap­un, harga MSM sepatutnya kekal tinggi disebabkan isu bekalan, permintaan stabil, permintaan dari China susulan pembukaan semula ekonominya secara beransur-ansur daripada kesan pandemik, kenaikan harga minyak mentah akibat krisis Rusia-Ukraine. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia