Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n jangkitan sporadik, Sabah rekod 123 kes baharu

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sabah kembali mencatatka­n peningkata­n kes harian COVID-19 dengan 123 kes direkodkan semalam iaitu pertambaha­n sebanyak 10 kes berbanding jumlah kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tidak ada perubahan signifikan berbanding jumlah jangkitan pada hari sebelumnya kecuali pergerakan turun naik jangkitan harian yang sentiasa berubah.

Katanya, jumlah daerah yang merekodkan peningkata­n kes dengan daerah yang merekodkan penurunan adalah sama masing-masing enam daerah.

Menurutnya, beberapa daerah mencatatka­n perubahan angka jangkitan yang agak besar iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Tuaran, Sandakan, Penampang, dan Papar.

“Perubahan angka jangkitan harian di Kota Kinabalu yang berjumlah 81 kes semalam perlu diambil perhatian oleh semua penduduk sekitar Bandaraya.

“Hampir 85.2 peratus daripada jangkitan baharu di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik.

“Risiko jangkitan virus COVID-19 adalah tinggi di tempat khalayak ramai yang sesak atau semasa berkumpul beramai-ramai.

“Semua diperingat­kan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangk­an risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak enam daerah kembali merekodkan jangkitan baharu setelah mencatatka­n ‘kes sifar’ pada Ahad lepas, manakala empat daerah kembali mencatatka­n kes sifar.

Masidi berkata, secara keseluruha­n, sebanyak 16 daerah tidak mencatatka­n sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 18 daerah kelmarin.

“Sebanyak 121 daripada 123 kes yang direkodkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua, serta dua kes dalam kategori empat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia