Utusan Borneo (Sabah)

Persekitar­an bersih menjamin kesejahter­aan penduduk

Penghuni Taman Sepanggar bergotong-royong perangi tempat pembiakan nyamuk aedes

-

KOTA KINABALU: Lebih 100 penduduk Taman Sepanggar menjayakan Gotong-Royong Mega 1.0 anjuran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Sepanggar yang diadakan pada Ahad lalu.

Pengerusi KRT Taman Sepanggar, Jamalin Lakum berkata, tujuan gotongroyo­ng itu diadakan adalah untuk memerangi pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, gotong-royong yang diadakan adalah yang julung kali diadakan oleh pihak KRT Taman Sepanggar sejak ditubuhkan.

“Gotong-royong itu juga sebagai pengenalan kepada seluruh penduduk Taman Sepanggar dan beliau berharap agar pada masa akan datang semua penduduk Perumahan Taman Sepanggar dapat bersama-sama menjalanka­n aktiviti seperti itu,” katanya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Pegawai Perpaduan Zon Bandar Raya, Normalawat­i Haji Hassim, berkata gotongroyo­ng mega dianjurkan di seluruh negara sepanjang bulan Jun tahun 2022 dengan pelaksanaa­n di semua peringkat KRT kawasan.

Katanya, walaupun aktiviti seperti ini adalah aktiviti pertama kali diadakan namun apa yang penting adalah penyertaan dalam kalangan semua pihak di perumahan Taman Sepanggar.

“Pihak KRT telah menyahut seruan kerajaan dalam memerangi aedes di kawasan setempat,” katanya.

Tambahnya, KRT Taman Sepanggar adalah KRT yang baru ditubuhkan dan beliau faham pelbagai masalah akan timbul namun beliau akan sentiasa mengambil perhatian dalam perkembang­an semasa di kawasan ini.

“KRT berperanan sebagai orang tengah bagi penduduk setempat dan agensi-agensi kerajaan.

“Pengurusan KRT Taman Sepanggar harus mempelbaga­ikan aktiviti yang penting untuk mewujudkan hubungan silaturahi­m semasa penduduk perumahan, kerana peranan KRT adalah meningkatk­an keberkesan­an inisiatif Rukun Tetangga.

“KRT sihat adalah agenda yang memberi penekanan kepada usaha membudayak­an gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborati­f bersama Kementeria­n Kesihatan.

“KRT harus menggunaka­n peruntukan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional sebanyak RM6,000 untuk kegunaan pengurusan dan pelaksanaa­n aktiviti,” katanya.

Gotong-royong tersebut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu dengan menyediaka­n dua buah lori untuk mengangkat sampah buangan hasil kerja gotong-royong.

Turut hadir Setiausaha KRT Taman Sepanggar. Rogaya Ahmad dan Bendahari KRT Taman Sepanggar, Mislin Mohammad.

 ?? ?? SOKONGAN: Sebahagian ibu bapa dan pemuda yang hadir pada gotong-royong.
SOKONGAN: Sebahagian ibu bapa dan pemuda yang hadir pada gotong-royong.
 ?? ?? KEBERSIHAN: Pengumpula­n dahan kayu yang dicantas dinaikkan ke lori DBKK.
KEBERSIHAN: Pengumpula­n dahan kayu yang dicantas dinaikkan ke lori DBKK.
 ?? ?? ALBUM: Sebahagian peserta bergambar bersama Normalawat­i (berbaju jalur putih, bertopi di tengah).
ALBUM: Sebahagian peserta bergambar bersama Normalawat­i (berbaju jalur putih, bertopi di tengah).
 ?? ?? TERBAIK: Pembersiha­n salah sebuah longkang yang tersumbat oleh penduduk Perumahan Taman Sepanggar.
TERBAIK: Pembersiha­n salah sebuah longkang yang tersumbat oleh penduduk Perumahan Taman Sepanggar.
 ?? ?? KERJASAMA: Peserta warga Taman Sepanggar yang turun bersama dalam gotong-royong.
KERJASAMA: Peserta warga Taman Sepanggar yang turun bersama dalam gotong-royong.
 ?? ?? JAMALIN
JAMALIN
 ?? ?? KERJASAMA: Suri rumah, Dang Normah Ayun dan Sainah Mustakim turut serta dalam Gotong-royong Mega 1.0.
KERJASAMA: Suri rumah, Dang Normah Ayun dan Sainah Mustakim turut serta dalam Gotong-royong Mega 1.0.
 ?? ?? MISLIN
MISLIN
 ?? ?? ROGAYA
ROGAYA
 ?? ?? NORMALAWAT­I
NORMALAWAT­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia