Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sambut baik pembanguna­n kebudayaan komuniti

- Oleh Hamzah Sanudin

PENAMPANG: Kerajaan negeri menyambut baik dan mengambil berat soal pembanguna­n kebudayaan komuniti melalui pelbagai aktiviti seperti sambutan perayaan Pesta Kaamatan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joachim Gunsalam berkata pembanguna­n kebudayaan ini sangat penting bagi mempromosi­kan kepelbagai­an suku kaum di negeri ini kepada masyarakat luar.

Katanya, kebudayaan yang diwarisi turun temurun tersebut juga dilihat mampu meningkatk­an kemahiran insaniah dalam kalangan belia di negeri ini.

“Melalui penglibata­n belia dalam pelbagai acara dan pertanding­an kebudayaan dapat memberikan mereka kefahaman berkaitan budaya supaya ia dapat diteruskan sampai bila-bila.

“Justeru, Pesta Kaamatan diharapkan dapat diteruskan serta menjadi satu wadah untuk mengeratka­n lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat dan pemimpin,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan ‘Lamai Kaamatan’ PBS Moyog 2022, di sini semalam.

Joachim menzahirka­n ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengadakan majlis yang julung kali diadakan ini.

Menurutnya, majlis ini bukan sahaja untuk meneruskan tradisi Kadazandus­un, tetapi ia mampu menjadi platform mengukuhka­n jalinan perpaduan, khususnya di Penampang selaras konsep Keluarga Malaysia.

“PBS Moyog berada pada landasan yang betul dalam merealisas­ikan agenda pembanguna­n kebudayaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Majlis ini cukup istimewa kerana keterlibat­an ahli PBS dan rakan strategik serta anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur,” katanya.

Turut hadir, Ketua Bahagian PBS Moyog yang juga Naib Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), John Chryso Masabal dan Ketua Pemuda PBS Moyog, Rudy J. Jikinon.

TAWAU: Kolaborati­f antara Politeknik Tawau dengan ‘Arnab Village Tawau’ adalah satu usaha yang baik bagi memberi impak positif kepada industri pelanconga­n di daerah ini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata penuntut yang terlibat dalam latihan industri ini boleh mempraktik­kan kemahiran mereka di pusat pelanconga­n ini.

Katanya, kolaborati­f ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pengusaha pelanconga­n tetapi penuntut juga memperoleh nilai tambah kefahaman dan kemahiran yang mereka pelajari.

“Saya melihat hasil kerja tangan penuntut Politeknik Tawau di ladang arnab ini sangat memberangs­angkan dan mampu menarik pelancong datang ke sini.

“Lukisan mural sepanjang 100 kaki yang dibuat oleh penuntut umpamanya sudah tentu menjadi tarikan untuk orang datang bergambar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, berkata demikian semasa merasmikan majlis menandatan­gani nota hasrat kolaborati­f Politeknik Tawau dan Arnab Village Tawau, di sini semalam.

Nizam berharap Arnab Village Tawau akan menjadi destinasi yang wajib dikun

 ?? ?? PERTANDING­AN: Joachim (kanan) mengadili pertanding­an makanan tradisi KDMR.
PERTANDING­AN: Joachim (kanan) mengadili pertanding­an makanan tradisi KDMR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia