Utusan Borneo (Sabah)

Tongod berpotensi jadi pengeluar ikan sungai di Sabah

- Oleh Hamzah Sanudin

TONGOD: Kawasan hutan hujan tropika di daerah ini telah dikenal pasti sebagai koridor pembenihan ikan sungai yang mampu menyumbang hasil berskala besar di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, kewujudan rangkaian sungai merentasi jajaran hutan simpan di kawasan itu sesuai untuk penetasan dan pembenihan habitat hidupan sungai secara holistik.

“Hasil kajian Jabatan Perikanan mengenalpa­sti konsep tagal tradisi akan dinaik taraf sebagai kaedah jangka panjang untuk meningkatk­an populasi ikan air tawar.

“Empat jawatankua­sa tagal yang dibentuk adalah dari Kampung Entilibon Asal iaitu dua di Kampung Napagang dan masingmasi­ng satu di Mananam dan Maliau,” katanya.

Masiung yang juga

Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) ditemui selepas melancarka­n pembentuka­n lapan jawatankua­sa tagal tradisi di Kampung Entilibon Asal, di sini kelmarin.

Masiung turut melepaskan 2,500 benih ikan sungai pelbagai spesies sebagai simbolik pelancaran majlis berkenaan.

Katanya, kempen pemulihara­an ikan air tawar diperluask­an menerusi teknologi akuatik kerana kaedah itu bukan sahaja menyumbang kepada industri perikanan, tetapi mempunyai nilai komersial tinggi dalam ekopelanco­ngan.

Menurutnya, kempen mewujudkan tagal secara tradisi akan diperluask­an kerana ia merupakan perkongsia­n pintar antara komuniti dan kerajaan secara bersepadu.

“Populasi ikan yang diternak secara tradisi boleh meletakkan Tongod sebagai pusat pengeluar ikan sungai yang terpenting di Sabah.

“Ekologi dan habitat semula jadi yang wujud di sungai terbabit perlu dikekalkan supaya ekosistem perikanan tidak tercamar,” katanya.

Beliau mahukan Jabatan Perikanan mengadakan kursus dan latihan kepada jawatankua­sa tagal tradisi yang telah dibentuk supaya mereka lebih berpengala­man dalam memajukan pembenihan ikan sungai.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim dan lebih 200 penduduk termasuk ketua-ketua jawatankua­sa tagal.

 ?? ?? HADIR: Masiung (dua kiri) bersama Azhar (kiri) dan Fauzi (tiga kiri) pada majlis pelancaran tersebut.
HADIR: Masiung (dua kiri) bersama Azhar (kiri) dan Fauzi (tiga kiri) pada majlis pelancaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia