Utusan Borneo (Sabah)

Graduan hidap kanser tahap empat berjaya terima ijazah

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Mahasiswa yang mengalami komplikasi penyakit kanser akhirnya berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Rosdy Latip, 44, yang juga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) menzahirka­n rasa syukur kerana menerima ijazahnya dalam Majlis Konvokesye­n UMS ke-23 baru-baru ini.

Beliau merupakan penuntut Pusat Luar UMS (PLUMS) telah memulakan pengajiann­ya pada tahun 2014 dan disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat.

“Saya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat pada tahun 2019, namun, ia tidak menghalang untuk meneruskan pengajian selama lima tahun di universiti ini.

“Saya juga berstatus OKU yang memerlukan bantuan tongkat untuk bergerak termasukla­h pergi kuliah sekiranya ada kelas,” katanya.

Katanya, dia diberikan cuti khas selama dua tahun dan dalam masa itu mengambil peluang untuk terus belajar serta menjalani rawatan.

“Sepanjang pengajian di UMS, pihak universiti sangat mengambil berat keadaan saya dan memberikan sumbangan dana perubatan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar.

“Saya juga tidak bermasalah untuk berada di kampus ini kerana kemudahan yang disediakan adalah mesra OKU,” katanya.

Bapa kepada dua orang anak itu berkata, beliau masih menjalani rawatan susulan dari segi ubat-ubatan yang menelan belanja lebih kurang RM16,000 sebulan.

Untuk rekod, keperluan serta kebajikan pelajar OKU di UMS menjadi keutamaan menerusi Pusat Pengurusan OKU (PPOKUMS) yang menyediaka­n khidmat sokongan dan kemudahan kepada mereka.

Kemudahan asas termasukla­h tandas OKU, laluan khas dan tempat letak kereta serta kemudahan peralatan Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP).

Selain itu, UMS turut menyediaka­n kubikel, bahan bacaan dalam huruf braille, dan bantuan sokongan sosial .

 ?? ?? TAHNIAH: Rosdy berjaya menerima skrol ijazah pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-23.
TAHNIAH: Rosdy berjaya menerima skrol ijazah pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-23.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia